tag:blogger.com,1999:blog-69536769462304596032023-11-16T19:19:35.544+08:00T-O-A-D-J-I-T-S-UKapten Ayana Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.comBlogger308125tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-30516496287612371742021-05-30T17:44:00.003+08:002021-05-30T17:44:43.612+08:00Mujur ada Google

Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-84426561097585287632021-05-30T15:31:00.001+08:002021-05-30T17:31:19.738+08:00Fish head Hadith
When I was younger, I was prohibited from consuming fish heads. Fish head causes amnesia tells everybody, our Prophet discouraged from eating fish heads. Forgetting is bad for students. At that time, students who memorized and recall well were considered excellent (and then Google happened, and come along smartphones replacing the memorize and recall function ).

Later in life, I relished fish heads a lot. Despite the flavorful taste, it's contained robust protein, abundant in vitamin A, rich in omega-3 fats and there are plenty of thoughts deliberately I need to forget.

Yes, they are thoughts I choose not to remember, painful memories, embarrassing events, regretful decisions, etc. I assumed fish head assists me to forget things.

But later I learned, the fish head's hadith was nonexistent. Thanks a lot, everybody, for reiterating the lies.
Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-66242900916101712522019-05-17T00:00:00.000+08:002019-05-17T00:00:14.295+08:00Let's burn that shitPeace, I hope u guys not in the middle of a meal right now.

Recently, I had a drink with one of my childhood friend. We recalled an event.

It was in the 90s, we were hanging out one day when we came a cross a lump of poop in the open. Yes.

"Who ever did this is very irresponsible," said I.

"Yeah," my friend replied.

"We should burn this shit so the owner's butt will burn."

As stated in the popular culture.

"Yeah."

So we gather some grass and dead leave and cover the poop. We burned it.

"Well good luck who ever he is."

"Yeah."

Present time. "I wonder is it really work?" Said I.

"It doesn't," my friend replied.

"How can u be so sure?"

(-_-°)Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-28135579578695116172019-05-10T12:00:00.000+08:002019-05-10T12:00:02.356+08:00My car broke downMy car broke down last night. I made a stop at a gas station. When I turned back on the ignition, the engine went, kkkkkk, kkkkkk. I panicked a little as there was a queue behind me. I step out of the car and wave a hand signal indicating something went wrong.

Luckily, the brother behind me and the brother pumping gas next to my pump help me. "The battery is dead," they said. "But it's only 10 months old," said I. "It happens," they replied.

We pushed the car out of the way and brother number two pull out a jumper. The engine was back running in no time. "Never turn off the engine," he said.

Unfortunately it was 10 pm, so no workshop was operational at this hour... but I got home safely though.

Bless you all and Ramadan Kareem!Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-87434373576160415652017-11-21T08:00:00.000+08:002017-11-21T08:00:07.336+08:00Terakam visual toyolBerjaya rakam visual ‘toyol’

WARTAWAN SINAR HARIAN

PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

“Kanak-kanak itu mengaku masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.

“Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu.

“Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi.

“Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-44716378708548642442017-11-17T08:00:00.000+08:002017-11-17T08:00:18.363+08:00Penanggal mahu culik bayi‘Penanggal mahu ambil anak saya'

WARTAWAN SINAR HARIAN 10 MEI 2017

Baru-baru ini timbul cerita mengenai bebola api yang mengganggu penduduk di sebuah perkampungan menuju ke Tok Bali.

Ia cerita kali kedua selepas Sinar Harian mendengar cerita sama, dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok.

Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelar sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah.

Isteri dikacau ketika tidur

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 30, pada mulanya juga enggan mempercayai kewujudan hantu dan jembalang di kampungnya kerana dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan ketika pulang lewat malam ke rumah ibunya.

Namun katanya, selepas isterinya diganggu dia mula mempercayai mengenai kewujudan makhluk halus itu.

Man berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membawa isterinya yang ketika itu baru beberapa bulan hamil anak sulung, pulang ke kampung.

Menurutnya, ketika tidur dia tersedar apabila melihat isterinya mengigau dan meracau.

“Puas saya kejutkan dia tapi dia tak sedar. Sudahnya saya jirus air pada mukanya barulah dia sedar.

"Ketika di kampung, isteri saya tak cerita apa yang berlaku. Dia cerita selepas kami pulang ke rumah sewa di Kota Bharu.

"Isteri kata ketika tidur dia didatangi penanggal yang mahu ambil anak dalam kandungan. Keesokan hari kami nampak ada titisan darah di depan rumah,” katanya.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-3095206441611748382017-11-15T08:00:00.000+08:002017-11-15T08:00:12.773+08:00Inilah hantu sebenarDisangka hantu rupanya penyamun

NUR FARHANA ABDUL MANAN 15 MAC 2017

PUCHONG - “Anak saya ingat dia nampak hantu kerana nampak kelibat lembaga berwarna hitam dalam bilik tidurnya, rupa-rupanya penyamun yang leka geledah barang berharga dalam rumah kami,” kata mangsa kes pecah rumah, Lee Seng Keong, 49.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, Seng Keong berkata, penyamun berpakaian serba hitam itu memasuki rumahnya di Bandar Kinrara 3 di sini, melalui pintu belakang ketika dia dan keluarganya sedang tidur.

Menurutnya, seorang daripada dua anak perempuannya yang tidur di bilik belakang terjaga apabila terdengar bunyi bising di tepi katilnya.

Katanya, anaknya yang masih mamai akibat terkejut tercegat beberapa minit apabila mendapati ‘lembaga hitam’ terbabit menyelongkar beg tangan di depan matanya namun menyangkakan ia adalah hantu.

Bagaimanapun, anaknya menyedari lembaga itu sebenarnya penyamun apabila lelaki bertubuh kurus yang juga terkejut melihatnya bangun dari katil bertindak melarikan diri dengan merangkak.

“Anak saya terus kejut saya dan isteri yang tidur di ruang tamu beritahu ada lelaki masuk ke dalam biliknya.

“Setelah pemeriksaan dibuat, kami dapati penyamun itu lolos masuk melalui pintu belakang selepas mengumpil cermin tingkap dapur,” katanya.

Seng Keong berkata, keluarganya mengalami kerugian hampir RM8,000 apabila sebuah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai didapati hilang dari tempat simpanan dan beg tangan milik anaknya.

“Saya dan isteri memang tak dengar bunyi gerak geri penyamun itu berjalan dalam rumah tapi ada kesan tapak kaki di lantai, dia masuk hingga ke ruang makan.

“Saya syak dia berjalan dalam saliran longkang belakang rumah dan panjat masuk ke rumah sebelum memecah kunci pintu jeriji,” katanya satu laporan polis dibuatnya berhubung kejadian itu.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-51151350518338587512017-11-13T08:00:00.000+08:002017-11-13T08:00:14.533+08:00Toyol, makhluk pelik yang tak berani rompak bankKecoh toyol 'serang' kampung

ROHANA ISMAIL 8 NOVEMBER 2016

TUMPAT - Kejadian aneh duit kerap hilang yang menghantui penduduk kampung Talak di sini bukan lagi tahyul apabila ada penduduk ternampak jelmaan toyol malam semalam.

Dakwa penduduk, kejadian duit kerap hilang dalam kuantiti sedikit itu mula mengganggu penduduk di sini sejak setahun lalu.

Namun sejak beberapa bulan ini ia semakin menjadi-jadi dan hampir 10 penduduk kampung telah menjadi mangsa kejadian aneh ini.

Pada mulanya disangka pencuri namun bila kerap mengalami keadaan sama, penduduk mula kecoh mengatakan ia toyol.

Ada yang hilang RM500, RM100, RM50, RM10 dan kekecohan ini menimbulkan trauma kepada penduduk dan menjadi bualan hangat di kedai kopi.

Penduduk, Halim Ismail, 46 berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila kecoh orang bercerita toyol kacau kampung ini.

"Tetapi bila terserempak sendiri dengan makluk halus itu yang berwarna hijau, saya jadi seram," katanya.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-45245436074207834782017-11-10T08:00:00.000+08:002017-11-10T08:00:07.351+08:00Langsuir ganggu penduduk?Langsuir ganggu penduduk

NORHASRAM MOHAMAD

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-36547077470672908632017-11-09T08:00:00.000+08:002017-11-09T08:00:13.153+08:00Kelibat mistik hantui pemandu?Kelibat mistik hantui pemandu

MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABD HADI, JAMILAH HAMZAH & MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD ZOKI 14 FEBRUARI 2016

KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.

“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

“Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.

“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba.

“Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan.

“Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang.

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,”katanya.

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya malam.

“Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.

“Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali.

“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,”katanya.

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali. “Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak.

“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya.

“Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.

“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,”katanya.

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya *IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-69924170624052351782017-11-08T08:00:00.000+08:002017-11-08T08:00:09.983+08:00Pontianak mengamuk kerana kain?Pontianak mengamuk kerana kain

SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI 1 JUN 2013

KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-27256435955421342582017-11-07T08:00:00.000+08:002017-11-07T08:00:01.465+08:00Elak kelibat lembaga hitamElak kelibat lembaga hitam (Harian Metro)

Dungun: Seorang pemandu treler mendakwa mengelak kelibat ‘lembaga hitam’ yang melintas di depan kenderaan berkenaan menyebabkan treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas susur keluar Kuala Dungun, jam 3 pagi kelmarin.

Saiful Fakri M Saidi, 25, berkata, kejadian menyebabkan dia dan kelindan yang juga adiknya, Saiful Hairi, 18, cedera ringan.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang, Kelantan untuk menghantar bahan mineral itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan, Pahang.

“Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit.

“Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut Saiful Fakri, dia dan Saiful Hairi dibantu keluar daripada kabin treler oleh Awi.

“Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.

“Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurkan treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan,” katanya. *IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-5232102602743253472017-11-06T11:33:00.001+08:002017-11-06T23:56:40.512+08:00Kanak-kanak hilang ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuniDitemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni (SINAR HARIAN)

AKMALIAH RAZAK 4 NOVEMBER 2017

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam ditemui tepat 12 jam di blok tiada penghuni pada jam 11 pagi tadi.

Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, ditemui orang ramai di blok berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Ditemui dalam keadaan lemah, Nur Dania juga hanya diam dan ketakutan apabila ditanya mengenai rentetan kehilangannya sejak jam 11 malam tadi.

Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, usaha mencari dilakukan sejak semalam dan pada jam 10 pagi tadi, ada penduduk yang nampak anaknya di blok berkenaan.

"Ada yang beritahu saya, ada ternampak Nur Dania di blok berkenaan dengan mengenakan tudung kuning. Memang dia keluar dengan tudung itu semalam.

"Namun, sejam mencari baharulah jumpa setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan dan memanggil ustaz ke kawasan berkenaan.

"Dalam kejadian ini, saya tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang 'pegang' anak saya dari malam tadi malah sehingga kini, dia seakan bingung," katanya lagi.

Terdahulu, Nur Dania dikhuatiri hilang selepas dilihat bermain seorang diri di gelanggang futsal, pada jam 11 malam, semalam.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit keluar daripada rumahnya di tingkat 1, untuk bermain bersama rakannya kira-kira jam 10.15 malam di mana ketika itu ibunya sedang berniaga di restoran manakala anaknya berada bersama ibu bapanya di rumah.

*IKLAN*Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-90799163229943289332017-10-25T08:30:00.000+08:002017-10-25T08:30:13.587+08:00Lagi rakam imej hantu guna telefonRakam imej hantu

WARTAWAN SINAR HARIAN

CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.

Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walaupun tergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira

jam 11.30 malam.

“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.

Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-62667919380341488792017-10-24T08:30:00.000+08:002017-10-24T08:30:10.612+08:00Lagi langsuir bertenggek tepi simpang, Ya ka?Gempar langsuir bertenggek

SHAIFUL AZHAR MOHD ALI

HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.

“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-59863229447073827012017-10-23T08:30:00.000+08:002017-10-23T08:30:13.236+08:00Nampak Gatchaman tepi Lebuhraya Pasir Gudang

Lembaga putih merangkak

Lebuhraya Pasir Gudang - Samsidah Moharam, 53, berkata, anak perempuannya yang ketika itu berumur 19 tahun pernah menyaksikan satu lembaga putih seolah seperti seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu.

“Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan.

“Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada,” katanya.

Samsidah berkata, sebelum itu dia hanya mendengar cerita dari jiran yang pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya berkenaan.

*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-55489578213153465502017-10-22T08:30:00.000+08:002017-10-22T08:30:00.980+08:00Telefon pintar boleh rakam gambar hatu, kini hantu-hantu tidak lagi selamat kah kah kahImej lembaga lidah terjelir dirakam

HUBUNGI BIRO KERIAN: KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-29159942808610596562017-10-21T08:30:00.000+08:002017-10-21T08:30:08.667+08:00Pontianak Sungai Ular, Kulim atau Orang berak di tengah malam?Pontianak Jalan Sungai Ular?

WARTAWAN SINAR HARIAN

SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-35143958886734559092017-10-20T08:30:00.000+08:002017-10-20T08:30:00.177+08:00Jelmaan Mat Kool ganggu penduduk

Jelmaan lembaga menyerupai 'beruk’ ganggu penduduk

ROSALWANI CHE SOH 13 MEI 2017

BACHOK - Kejadian diganggu makhluk menyerupai beruk itu diceritakan Zubaidah Abdullah, 50, ketika dia tinggal di kediaman arwah ibunya, Siti Zaharah Daud, 76 di Kampung Sungai Dua.

Zubaidah berkata, tidurnya sering terganggu apabila kerap didatangi dua lembaga berbulu yang dikatakan datang dari pokok besar di belakang kediaman ibunya.

“Saya terkejut bila benda tu boleh bercakap dengan saya dan mahu tidur sebelah saya. Saya halau makhluk itu dengan baca al-Quran, kemudian ia hilang,” katanya yang memang sejak dari kecil terbiasa dengan perkara mistik sebegitu.

Kejadian pelik itu katanya turut dialami adik-beradik lain, namun tidak diendahkan mereka.

Bukan itu sahaja katanya, tamparan lagi hebat buatnya apabila dia keguguran ketika mengandungkan anak pertama sehingga ketiga menyebabkan dia terpaksa menggunakan pengamal perubatan tradisional untuk ‘jaga’ kandungan sehingga berusia lima bulan.

“Kandungan keempat saya pun tidak bertahan lama, gugur lagi. Saya tak sangka keguguran itu ada kaitan dengan makhluk berbulu yang datang ganggu saya sebelum ini,” katanya.

Sangat menyeramkan juga apabila makhluk tersebut memanggil-manggil nama penduduk ketika waktu senja dan sekitar jam 8 pagi sehingga 9 malam.

Mengikut cerita penduduk lama di sini, kejadian berkenaan menyebabkan orang yang menyahut panggilan makhluk tersebut akan demam berminggu-minggu

“Ekoran gangguan itu, penduduk jadi trauma dan tak mahu keluar di waktu senja dan malam,” katanya.

Turut mengalami gangguan terbabit, ialah Azmi Bakar, 48, katanya, bumbung rumahnya pernah bergegar pada waktu maghrib seperti dipijak sesuatu yang sebelum ini disangka kucing.*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-71973963782858213292017-10-19T16:14:00.002+08:002017-10-19T16:14:54.895+08:00Hantu naik bas, akibat kenaikkan harga minyak?Nampak hantu naik bas

RIDAUDDIN DAUD 26 APRIL 2014

KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.*IKLAN*

~SINARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-14356767854620560442017-10-18T16:13:00.001+08:002017-10-18T17:56:57.244+08:00Graduan UTHM mirip Siti Nurhaliza (Sinar Harian)Graduan UTHM mirip Siti Nurhaliza

KAMARUL HALIM M KAMAL 18 OKTOBER 2017

BATU PAHAT - “Saya sendiri pun tak pasti, bahagian mana yang menyerupai Datuk Siti Nurhaliza, mungkin kerana dagu saya yang terbelah ini,” kata graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Maisarah Raihana Ramli, 21.

Selain mirip penyanyi nombor satu negara, Maisarah juga pernah ditegur orang ramai kerana dikatakan mirip dengan seorang lagi selebriti iaitu Izara Aishah Hisham. IKLAN

GAMBARCikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-8402716821893799142016-03-03T02:30:00.000+08:002016-03-03T02:30:09.908+08:00Cabul penuntut tunggang motosikal

Cabul penuntut tunggang motosikal

<gs class="GINGER_SOFTWARE_mark" ginger_software_uiphraseguid="e53ced55-3e77-4dd8-9f29-fcd4c644a5f6" id="c60ef48b-5a12-4411-ab7c-ff07e72f183e">Zatul</gs> Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul penuntut universiti di Kuala Nerus dalam kejadian berhampiran Bulatan Pak Tuyu, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, suspek yang menunggang motosikal ditahan orang awam sebaik mengetahui tindakan tidak bermoral dilakukannya terhadap mangsa.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 20-an dalam perjalanan ke kelasnya dengan menunggang motosikal sebelum menyedari diekori lelaki yang turut menunggang motosikal. ~SETERUSNYA

Cikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-16531733058665336182016-03-03T02:27:00.002+08:002016-03-03T02:31:04.235+08:00 Pegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahanPegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahan

Amran Yahya
am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Pegawai polis antara 50 anggota kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 di negeri ini sepanjang tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Ayub Salim berkata, mereka ditahan terdiri ahli Geng 36, 04, 18 dan 21 yang bergiat aktif dalam pengedaran dadah di negeri ini.

"Pada 2014, seramai 10 anggota kongsi gelap diberkas dan meningkat kepada 20 orang tahun lalu. Penahanan mereka membabitkan anggota dari dua kumpulan berbeza. ~SELANJUTNYACikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-19227274497849416592016-03-03T02:25:00.000+08:002016-03-03T02:31:51.203+08:00Haram cemar alam sekitar - Dr MazaHaram cemar alam sekitar

<gs class="GINGER_SOFTWARE_mark" ginger_software_uiphraseguid="cab8dc7b-85d0-479b-8bdb-dae7287b70ce" id="4014444c-3968-4a22-9807-6c60e6613852">Aizat</gs> Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21 pada 18 hingga 19 Februari lalu menyatakan bahawa ianya haram kerana tidak mahu masyarakat Islam melihat kepentingan dalam menjaga alam sekitar ini adalah sesuatu yang tidak berdosa dan remeh semata.

“Ini bukan hanya berkait soal etika kehidupan sahaja tetapi juga soal keagamaan dan setiap orang Islam wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar terutama merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem,” katanya kepada pemberita. ~SELANJUTNYACikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6953676946230459603.post-38751971696170246812015-02-02T15:30:00.000+08:002015-02-02T15:30:03.145+08:00Zina bawah umur cari mangsa di Media sosialParents urged to safeguard children against paedophiles on social media

BY LOSHANA K SHAGAR

PETALING JAYA: With paedophiles widely reported to be using the Internet, women groups are asking parents to monitor their children’s social media interaction regularly to ensure that they are safe from predators.~SELANJUTNYACikgu Fonikhttp://www.blogger.com/profile/17000608241367607594noreply@blogger.com0