Inilah hantu sebenar
Disangka hantu rupanya penyamun NUR FARHANA ABDUL MANAN 15 MAC 2017 PUCHONG - “Anak saya ingat dia nampak hantu kerana nampak kelibat lembaga berwarna hitam dalam bilik tidurnya, rupa-rupanya penyamun yang leka geledah barang berharga dalam rumah kami,” kata mangsa kes pecah rumah, Lee Seng Keong, 49. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, Seng Keong berkata, penyamun berpakaian serba hitam itu memasuki rumahnya di Bandar Kinrara 3 di sini, melalui pintu belakang ketika dia dan keluarganya sedang tidur. Menurutnya, seorang daripada dua anak perempuannya yang tidur di bilik belakang terjaga apabila terdengar bunyi bising di tepi katilnya. Katanya, anaknya yang masih mamai akibat terkejut tercegat beberapa minit apabila mendapati ‘lembaga hitam’ terbabit menyelongkar beg tangan di depan matanya namun menyangkakan ia adalah hantu. Bagaimanapun, anaknya menyedari lembaga itu sebenarnya penyamun apabila lelaki bertubuh kurus yang juga terkejut melihatnya bangun dari kati...