HANTU TAK ADA KEPALA
Ali seorang guru di sebuah sekolah di jajahan Gua Musang. Isterinya juga seorang guru tetapi bertugas di Kota Bahru. Pada tiap-tiap hujung minggu Ali akan memandu seorang diri dari Gua Musang ke Kota Bharu dan kembali. Setiap kali mahu pulang, kawan-kawannya berpesan, "awas hantu takde kepala, ramai dah kena". Ali membalas dengan senyuman usikan mereka kerna selama ini beliau selamat. Hujung minggu itu Ali bertolak selepas solat jumaat, pertengahan perjalanan tirai senja mula berlabuh saki baki mentari masih mengintai dari balik bukit bukau, dalam kekuningan rembang senja itu Ali melihat ada seorang lelaki di tepi jalan melambai tangan menahan keretanya. Ali zahirnya seorang yang baik hati, lantas dia memperlahankan keretanya lalu menyapa, "nak ke mana Pak Cik" dijawab orang tua itu "Pak Cik nak tumpang ke Kuala Krai, dah lama tunggu bas tak sampai-sampai" Ali tersenyum sambil menjawab " Owh, tak de masalah" seraya membuka pintu kereta. Perjalana...