Posts

Showing posts with the label jenayah

Cabul penuntut tunggang motosikal

Cabul penuntut tunggang motosikal Zatul Iffah Zolkiply Kuala Terengganu: Lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul penuntut universiti di Kuala Nerus dalam kejadian berhampiran Bulatan Pak Tuyu, pagi tadi. Dalam kejadian 9 pagi tadi, suspek yang menunggang motosikal ditahan orang awam sebaik mengetahui tindakan tidak bermoral dilakukannya terhadap mangsa. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 20-an dalam perjalanan ke kelasnya dengan menunggang motosikal sebelum menyedari diekori lelaki yang turut menunggang motosikal. ~SETERUSNYA

Pegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahan

Pegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahan Amran Yahya am@hmetro.com.my Kuala Pilah: Pegawai polis antara 50 anggota kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 di negeri ini sepanjang tiga tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Ayub Salim berkata, mereka ditahan terdiri ahli Geng 36, 04, 18 dan 21 yang bergiat aktif dalam pengedaran dadah di negeri ini. "Pada 2014, seramai 10 anggota kongsi gelap diberkas dan meningkat kepada 20 orang tahun lalu. Penahanan mereka membabitkan anggota dari dua kumpulan berbeza. ~SELANJUTNYA