Itulah kali pertama saya melihat Hasmah menangis.
KISAH SEBENAR MASALAH JANTUNG TUN MAHATHIR MOHAMAD Filed Under ( berita pisau ) by Pisau Dotnet on 15.11.12 Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Tun M- Kali pertama saya berasa sakit dalam dada adalah kira-kira sebulan sebelum mengalami serangan jantung pada 1989. Bagaimanapun waktu itu, saya tidak mengendahkannya. Saya berada di Genting Highlands bagi menghadiri perjumpaan alumni Kolej Perubatan King Edward VII. Ramai rakan sekelas dan anak-anak mereka hadir serta bergembira. Saya sedang memerhatikan mereka apabila beberapa orang anak muda menarik saya ke lantai tarian. Sewaktu menari, saya berasa sesak nafas dan sakit dada, tetapi kesakitan itu hilang apabila saya duduk. Keesokannya, saya menunggang kuda dan sekali lagi berasa sesak nafas dan sakit dada. Saya tidak mahu menerima keadaan itu sebagai tanda-tanda serangan jantung, jadi saya tidak ...