Sebulan ditahan dan dirogol
Sebulan jadi hamba seks AFP Kolkata: Tiga lagi lelaki tempatan ditahan berhubung kes pelancong Jepun berusia 22 tahun yang dijadikan hamba seks selama hampir sebulan berhampiran lokasi dianggap suci di India. Sebelum ini, dua beradik yang juga pemandu pelancong ditangkap kelmarin selepas mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun lain yang membawanya ke Konsulat negara itu di Kolkata. Tragedi menimpa mangsa bermula di Kolkata selepas dia berkenalan dengan tiga lelaki tempatan - termasuk seorang yang boleh berbahasa Jepun - 20 November lalu setibanya dia di bandar itu. Mereka berjaya memujuk mangsa yang juga pelajar untuk mengeluarkan wang berjumlahj 76,000 rupi (RM4,200) daripada mangsa sebelum membawanya ke Bodh Gaya, lokasi suci bagi penganut Buddha di Bihar, 492 kilometer dari Kolkata. Di Bihar mangsa diserahkan kepada dua beradik yang mengurungnya di dalam bilik bawah tanah dan merogolnya berulang kali selama tiga minggu. Dua beradik terbabit...