Why do we look for water on Mars?

"And we have created from WATER every living thing. Will they not then believe?", Q 21:30

TELL US U'VE FOLLOWED:

Google+ Followers

Thursday, March 3, 2016

Cabul penuntut tunggang motosikal


Cabul penuntut tunggang motosikal
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul penuntut universiti di Kuala Nerus dalam kejadian berhampiran Bulatan Pak Tuyu, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, suspek yang menunggang motosikal ditahan orang awam sebaik mengetahui tindakan tidak bermoral dilakukannya terhadap mangsa.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 20-an dalam perjalanan ke kelasnya dengan menunggang motosikal sebelum menyedari diekori lelaki yang turut menunggang motosikal. ~SETERUSNYA

Pegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahan

Pegawai polis antara 50 kongsi gelap ditahan
Amran Yahya am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Pegawai polis antara 50 anggota kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 di negeri ini sepanjang tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Ayub Salim berkata, mereka ditahan terdiri ahli Geng 36, 04, 18 dan 21 yang bergiat aktif dalam pengedaran dadah di negeri ini.

"Pada 2014, seramai 10 anggota kongsi gelap diberkas dan meningkat kepada 20 orang tahun lalu. Penahanan mereka membabitkan anggota dari dua kumpulan berbeza. ~SELANJUTNYA

Haram cemar alam sekitar - Dr Maza

Haram cemar alam sekitar
Aizat Sharif mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21 pada 18 hingga 19 Februari lalu menyatakan bahawa ianya haram kerana tidak mahu masyarakat Islam melihat kepentingan dalam menjaga alam sekitar ini adalah sesuatu yang tidak berdosa dan remeh semata.

“Ini bukan hanya berkait soal etika kehidupan sahaja tetapi juga soal keagamaan dan setiap orang Islam wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar terutama merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem,” katanya kepada pemberita. ~SELANJUTNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular This Week

Monthly Popular Posts

DISCLAIMER


THANK YOU FOR READING