Posts

Showing posts from November, 2017

Terakam visual toyol

Berjaya rakam visual ‘toyol’ WARTAWAN SINAR HARIAN PETALING JAYA -  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek. Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu. “Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya. Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini. “Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya. Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu. “Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang di

Penanggal mahu culik bayi

‘Penanggal mahu ambil anak saya' WARTAWAN SINAR HARIAN 10 MEI 2017 Baru-baru ini timbul cerita mengenai bebola api yang mengganggu penduduk di sebuah perkampungan menuju ke Tok Bali. Ia cerita kali kedua selepas Sinar Harian mendengar cerita sama, dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok. Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelar sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah. Isteri dikacau ketika tidur Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 30, pada mulanya juga enggan mempercayai kewujudan hantu dan jembalang di kampungnya kerana dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan ketika pulang lewat malam ke rumah ibunya. Namun katanya, selepas isterinya diganggu dia mula mempercayai mengenai kewujudan makhluk halus itu. Man berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membawa isterinya yang ketika itu baru beberapa bulan hamil anak sulung, pulang  ke kampung.

Inilah hantu sebenar

Disangka hantu rupanya penyamun NUR FARHANA ABDUL MANAN 15 MAC 2017 PUCHONG - “Anak saya ingat dia nampak hantu kerana nampak kelibat lembaga berwarna hitam dalam bilik tidurnya, rupa-rupanya penyamun yang leka geledah barang berharga dalam rumah kami,” kata mangsa kes pecah rumah, Lee Seng Keong, 49. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, Seng Keong berkata, penyamun berpakaian serba hitam itu memasuki rumahnya di Bandar Kinrara 3 di sini, melalui pintu belakang ketika dia dan keluarganya sedang tidur. Menurutnya, seorang daripada dua anak perempuannya yang tidur di bilik belakang terjaga apabila terdengar bunyi bising di tepi katilnya. Katanya, anaknya yang masih mamai akibat terkejut tercegat beberapa minit apabila mendapati ‘lembaga hitam’ terbabit menyelongkar beg tangan di depan matanya namun menyangkakan ia adalah hantu. Bagaimanapun, anaknya menyedari lembaga itu sebenarnya penyamun apabila lelaki bertubuh kurus yang juga terkejut melihatnya bangun dari kati

Toyol, makhluk pelik yang tak berani rompak bank

Kecoh toyol 'serang' kampung ROHANA ISMAIL 8 NOVEMBER 2016 TUMPAT - Kejadian aneh duit kerap hilang yang menghantui penduduk kampung Talak di sini bukan lagi tahyul apabila ada penduduk ternampak jelmaan toyol malam semalam. Dakwa penduduk, kejadian duit kerap hilang dalam kuantiti sedikit itu mula mengganggu penduduk di sini sejak setahun lalu. Namun sejak beberapa bulan ini ia semakin menjadi-jadi dan hampir 10 penduduk kampung telah menjadi mangsa kejadian aneh ini. Pada mulanya disangka pencuri namun bila kerap mengalami keadaan sama, penduduk mula kecoh mengatakan ia toyol. Ada yang hilang RM500, RM100, RM50, RM10 dan kekecohan ini menimbulkan trauma kepada penduduk dan menjadi bualan hangat di kedai kopi. Penduduk, Halim Ismail, 46 berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila kecoh orang bercerita toyol kacau kampung ini. "Tetapi bila terserempak sendiri dengan makluk halus itu yang berwarna hijau, saya jadi seram," katanya. *IKLAN*

Langsuir ganggu penduduk?

Langsuir ganggu penduduk NORHASRAM MOHAMAD PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial. Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan. Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya. Suara mengerikan Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu. Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia

Kelibat mistik hantui pemandu?

Kelibat mistik hantui pemandu MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABD HADI, JAMILAH HAMZAH & MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD ZOKI 14 FEBRUARI 2016 KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut. Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik. Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana. “Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam. “Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga

Pontianak mengamuk kerana kain?

Pontianak mengamuk kerana kain SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI 1 JUN 2013 KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional. Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar. Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya. Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu. "Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina. "

Elak kelibat lembaga hitam

Elak kelibat lembaga hitam (Harian Metro) Dungun: Seorang pemandu treler mendakwa mengelak kelibat ‘lembaga hitam’ yang melintas di depan kenderaan berkenaan menyebabkan treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas susur keluar Kuala Dungun, jam 3 pagi kelmarin. Saiful Fakri M Saidi, 25, berkata, kejadian menyebabkan dia dan kelindan yang juga adiknya, Saiful Hairi, 18, cedera ringan. Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang, Kelantan untuk menghantar bahan mineral itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan, Pahang. “Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit. “Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” kata

Kanak-kanak hilang ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni

Ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni (SINAR HARIAN) AKMALIAH RAZAK 4 NOVEMBER 2017 GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam ditemui tepat 12 jam di blok tiada penghuni pada jam 11 pagi tadi. Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, ditemui orang ramai di blok berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini. Ditemui dalam keadaan lemah, Nur Dania juga hanya diam dan ketakutan apabila ditanya mengenai rentetan kehilangannya sejak jam 11 malam tadi. Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, usaha mencari dilakukan sejak semalam dan pada jam 10 pagi tadi, ada penduduk yang nampak anaknya di blok berkenaan. "Ada yang beritahu saya, ada ternampak Nur Dania di blok berkenaan dengan mengenakan tudung kuning. Memang dia keluar dengan tudung itu semalam. "Namun, sejam mencari baharulah jumpa setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan dan memanggil ustaz