Posts

Showing posts from 2017

Terakam visual toyol

Berjaya rakam visual ‘toyol’ WARTAWAN SINAR HARIAN PETALING JAYA -  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek. Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu. “Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya. Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini. “Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya. Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu. “Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang di

Penanggal mahu culik bayi

‘Penanggal mahu ambil anak saya' WARTAWAN SINAR HARIAN 10 MEI 2017 Baru-baru ini timbul cerita mengenai bebola api yang mengganggu penduduk di sebuah perkampungan menuju ke Tok Bali. Ia cerita kali kedua selepas Sinar Harian mendengar cerita sama, dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok. Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelar sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah. Isteri dikacau ketika tidur Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 30, pada mulanya juga enggan mempercayai kewujudan hantu dan jembalang di kampungnya kerana dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan ketika pulang lewat malam ke rumah ibunya. Namun katanya, selepas isterinya diganggu dia mula mempercayai mengenai kewujudan makhluk halus itu. Man berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membawa isterinya yang ketika itu baru beberapa bulan hamil anak sulung, pulang  ke kampung.

Inilah hantu sebenar

Disangka hantu rupanya penyamun NUR FARHANA ABDUL MANAN 15 MAC 2017 PUCHONG - “Anak saya ingat dia nampak hantu kerana nampak kelibat lembaga berwarna hitam dalam bilik tidurnya, rupa-rupanya penyamun yang leka geledah barang berharga dalam rumah kami,” kata mangsa kes pecah rumah, Lee Seng Keong, 49. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, Seng Keong berkata, penyamun berpakaian serba hitam itu memasuki rumahnya di Bandar Kinrara 3 di sini, melalui pintu belakang ketika dia dan keluarganya sedang tidur. Menurutnya, seorang daripada dua anak perempuannya yang tidur di bilik belakang terjaga apabila terdengar bunyi bising di tepi katilnya. Katanya, anaknya yang masih mamai akibat terkejut tercegat beberapa minit apabila mendapati ‘lembaga hitam’ terbabit menyelongkar beg tangan di depan matanya namun menyangkakan ia adalah hantu. Bagaimanapun, anaknya menyedari lembaga itu sebenarnya penyamun apabila lelaki bertubuh kurus yang juga terkejut melihatnya bangun dari kati

Toyol, makhluk pelik yang tak berani rompak bank

Kecoh toyol 'serang' kampung ROHANA ISMAIL 8 NOVEMBER 2016 TUMPAT - Kejadian aneh duit kerap hilang yang menghantui penduduk kampung Talak di sini bukan lagi tahyul apabila ada penduduk ternampak jelmaan toyol malam semalam. Dakwa penduduk, kejadian duit kerap hilang dalam kuantiti sedikit itu mula mengganggu penduduk di sini sejak setahun lalu. Namun sejak beberapa bulan ini ia semakin menjadi-jadi dan hampir 10 penduduk kampung telah menjadi mangsa kejadian aneh ini. Pada mulanya disangka pencuri namun bila kerap mengalami keadaan sama, penduduk mula kecoh mengatakan ia toyol. Ada yang hilang RM500, RM100, RM50, RM10 dan kekecohan ini menimbulkan trauma kepada penduduk dan menjadi bualan hangat di kedai kopi. Penduduk, Halim Ismail, 46 berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila kecoh orang bercerita toyol kacau kampung ini. "Tetapi bila terserempak sendiri dengan makluk halus itu yang berwarna hijau, saya jadi seram," katanya. *IKLAN*

Langsuir ganggu penduduk?

Langsuir ganggu penduduk NORHASRAM MOHAMAD PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial. Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan. Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya. Suara mengerikan Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu. Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia

Kelibat mistik hantui pemandu?

Kelibat mistik hantui pemandu MUHAMMAD AMMAR MUBASSYIR ABD HADI, JAMILAH HAMZAH & MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD ZOKI 14 FEBRUARI 2016 KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut. Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik. Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana. “Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam. “Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga

Pontianak mengamuk kerana kain?

Pontianak mengamuk kerana kain SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI 1 JUN 2013 KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional. Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar. Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya. Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu. "Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina. "

Elak kelibat lembaga hitam

Elak kelibat lembaga hitam (Harian Metro) Dungun: Seorang pemandu treler mendakwa mengelak kelibat ‘lembaga hitam’ yang melintas di depan kenderaan berkenaan menyebabkan treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas susur keluar Kuala Dungun, jam 3 pagi kelmarin. Saiful Fakri M Saidi, 25, berkata, kejadian menyebabkan dia dan kelindan yang juga adiknya, Saiful Hairi, 18, cedera ringan. Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang, Kelantan untuk menghantar bahan mineral itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan, Pahang. “Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit. “Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” kata

Kanak-kanak hilang ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni

Ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni (SINAR HARIAN) AKMALIAH RAZAK 4 NOVEMBER 2017 GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam ditemui tepat 12 jam di blok tiada penghuni pada jam 11 pagi tadi. Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, ditemui orang ramai di blok berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini. Ditemui dalam keadaan lemah, Nur Dania juga hanya diam dan ketakutan apabila ditanya mengenai rentetan kehilangannya sejak jam 11 malam tadi. Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, usaha mencari dilakukan sejak semalam dan pada jam 10 pagi tadi, ada penduduk yang nampak anaknya di blok berkenaan. "Ada yang beritahu saya, ada ternampak Nur Dania di blok berkenaan dengan mengenakan tudung kuning. Memang dia keluar dengan tudung itu semalam. "Namun, sejam mencari baharulah jumpa setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan dan memanggil ustaz

Lagi rakam imej hantu guna telefon

Rakam imej hantu WARTAWAN SINAR HARIAN CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin. Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walaupun tergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira jam 11.30 malam. “Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas. Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam. *IKLAN* ~SINAR

Lagi langsuir bertenggek tepi simpang, Ya ka?

Gempar langsuir bertenggek SHAIFUL AZHAR MOHD ALI HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. “Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. “Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. “Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memand

Nampak Gatchaman tepi Lebuhraya Pasir Gudang

Image
Lembaga putih merangkak Lebuhraya Pasir Gudang - Samsidah Moharam, 53, berkata, anak perempuannya yang ketika itu berumur 19 tahun pernah menyaksikan satu lembaga putih seolah seperti seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu. “Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan. “Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada,” katanya. Samsidah berkata, sebelum itu dia hanya mendengar cerita dari jiran yang pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya berkenaan. *IKLAN* ~SINAR

Telefon pintar boleh rakam gambar hatu, kini hantu-hantu tidak lagi selamat kah kah kah

Imej lembaga lidah terjelir dirakam HUBUNGI BIRO KERIAN: KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu. Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu. Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda. “Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam. “Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar y

Pontianak Sungai Ular, Kulim atau Orang berak di tengah malam?

Pontianak Jalan Sungai Ular? WARTAWAN SINAR HARIAN SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul. Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam. Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam. Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas. Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan. Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka. Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau

Jelmaan Mat Kool ganggu penduduk

Jelmaan lembaga menyerupai 'beruk’ ganggu penduduk ROSALWANI CHE SOH 13 MEI 2017 BACHOK - Kejadian diganggu makhluk menyerupai beruk itu diceritakan Zubaidah Abdullah, 50, ketika dia tinggal di kediaman arwah ibunya, Siti Zaharah Daud, 76 di Kampung Sungai Dua. Zubaidah berkata, tidurnya sering terganggu apabila kerap didatangi dua lembaga berbulu yang dikatakan datang dari pokok besar di belakang kediaman ibunya. “Saya terkejut bila benda tu boleh bercakap dengan saya dan mahu tidur sebelah saya. Saya halau makhluk itu dengan baca al-Quran, kemudian ia hilang,” katanya yang memang sejak dari kecil terbiasa dengan perkara mistik sebegitu. Kejadian pelik itu katanya turut dialami adik-beradik lain, namun tidak diendahkan mereka. Bukan itu sahaja katanya, tamparan lagi hebat buatnya apabila dia keguguran ketika mengandungkan anak pertama sehingga ketiga menyebabkan dia terpaksa menggunakan pengamal perubatan tradisional untuk ‘jaga’ kandungan sehingga berusia lima bulan.

Hantu naik bas, akibat kenaikkan harga minyak?

Nampak hantu naik bas RIDAUDDIN DAUD 26 APRIL 2014 KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja. Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut. Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama. Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting. Begitu pun, dia tidak mengesyaki

Graduan UTHM mirip Siti Nurhaliza (Sinar Harian)

Graduan UTHM mirip Siti Nurhaliza KAMARUL HALIM M KAMAL 18 OKTOBER 2017 BATU PAHAT - “Saya sendiri pun tak pasti, bahagian mana yang menyerupai Datuk Siti Nurhaliza, mungkin kerana dagu saya yang terbelah ini,” kata graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Maisarah Raihana Ramli, 21. Selain mirip penyanyi nombor satu negara, Maisarah juga pernah ditegur orang ramai kerana dikatakan mirip dengan seorang lagi selebriti iaitu Izara Aishah Hisham. IKLAN GAMBAR