Nampak Gatchaman tepi Lebuhraya Pasir Gudang


Lembaga putih merangkak

Lebuhraya Pasir Gudang - Samsidah Moharam, 53, berkata, anak perempuannya yang ketika itu berumur 19 tahun pernah menyaksikan satu lembaga putih seolah seperti seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu.

“Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan.

“Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada,” katanya.

Samsidah berkata, sebelum itu dia hanya mendengar cerita dari jiran yang pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya berkenaan.
*IKLAN*

~SINAR

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan