Jelmaan Mat Kool ganggu penduduk


Jelmaan lembaga menyerupai 'beruk’ ganggu penduduk
ROSALWANI CHE SOH 13 MEI 2017

BACHOK - Kejadian diganggu makhluk menyerupai beruk itu diceritakan Zubaidah Abdullah, 50, ketika dia tinggal di kediaman arwah ibunya, Siti Zaharah Daud, 76 di Kampung Sungai Dua.

Zubaidah berkata, tidurnya sering terganggu apabila kerap didatangi dua lembaga berbulu yang dikatakan datang dari pokok besar di belakang kediaman ibunya.

“Saya terkejut bila benda tu boleh bercakap dengan saya dan mahu tidur sebelah saya. Saya halau makhluk itu dengan baca al-Quran, kemudian ia hilang,” katanya yang memang sejak dari kecil terbiasa dengan perkara mistik sebegitu.

Kejadian pelik itu katanya turut dialami adik-beradik lain, namun tidak diendahkan mereka.

Bukan itu sahaja katanya, tamparan lagi hebat buatnya apabila dia keguguran ketika mengandungkan anak pertama sehingga ketiga menyebabkan dia terpaksa menggunakan pengamal perubatan tradisional untuk ‘jaga’ kandungan sehingga berusia lima bulan.

“Kandungan keempat saya pun tidak bertahan lama, gugur lagi. Saya tak sangka keguguran itu ada kaitan dengan makhluk berbulu yang datang ganggu saya sebelum ini,” katanya.

Sangat menyeramkan juga apabila makhluk tersebut memanggil-manggil nama penduduk ketika waktu senja dan sekitar jam 8 pagi sehingga 9 malam.

Mengikut cerita penduduk lama di sini, kejadian berkenaan menyebabkan orang yang menyahut panggilan makhluk tersebut akan demam berminggu-minggu

“Ekoran gangguan itu, penduduk jadi trauma dan tak mahu keluar di waktu senja dan malam,” katanya.

Turut mengalami gangguan terbabit, ialah Azmi Bakar, 48, katanya, bumbung rumahnya pernah bergegar pada waktu maghrib seperti dipijak sesuatu yang sebelum ini disangka kucing.*IKLAN*

~SINAR

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan