Inilah hantu sebenar
Disangka hantu rupanya penyamun
NUR FARHANA ABDUL MANAN 15 MAC 2017
PUCHONG - “Anak saya ingat dia nampak hantu kerana nampak kelibat lembaga berwarna hitam dalam bilik tidurnya, rupa-rupanya penyamun yang leka geledah barang berharga dalam rumah kami,” kata mangsa kes pecah rumah, Lee Seng Keong, 49.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, Seng Keong berkata, penyamun berpakaian serba hitam itu memasuki rumahnya di Bandar Kinrara 3 di sini, melalui pintu belakang ketika dia dan keluarganya sedang tidur.
Menurutnya, seorang daripada dua anak perempuannya yang tidur di bilik belakang terjaga apabila terdengar bunyi bising di tepi katilnya.
Katanya, anaknya yang masih mamai akibat terkejut tercegat beberapa minit apabila mendapati ‘lembaga hitam’ terbabit menyelongkar beg tangan di depan matanya namun menyangkakan ia adalah hantu.
Bagaimanapun, anaknya menyedari lembaga itu sebenarnya penyamun apabila lelaki bertubuh kurus yang juga terkejut melihatnya bangun dari katil bertindak melarikan diri dengan merangkak.
“Anak saya terus kejut saya dan isteri yang tidur di ruang tamu beritahu ada lelaki masuk ke dalam biliknya.
“Setelah pemeriksaan dibuat, kami dapati penyamun itu lolos masuk melalui pintu belakang selepas mengumpil cermin tingkap dapur,” katanya.
Seng Keong berkata, keluarganya mengalami kerugian hampir RM8,000 apabila sebuah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai didapati hilang dari tempat simpanan dan beg tangan milik anaknya.
“Saya dan isteri memang tak dengar bunyi gerak geri penyamun itu berjalan dalam rumah tapi ada kesan tapak kaki di lantai, dia masuk hingga ke ruang makan.
“Saya syak dia berjalan dalam saliran longkang belakang rumah dan panjat masuk ke rumah sebelum memecah kunci pintu jeriji,” katanya satu laporan polis dibuatnya berhubung kejadian itu.
*IKLAN*

Comments
Post a Comment
Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq