Kanak-kanak hilang ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni

Ditemui selepas 12 jam di blok tak berpenghuni (SINAR HARIAN)
AKMALIAH RAZAK 4 NOVEMBER 2017

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semalam ditemui tepat 12 jam di blok tiada penghuni pada jam 11 pagi tadi.

Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, ditemui orang ramai di blok berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Ditemui dalam keadaan lemah, Nur Dania juga hanya diam dan ketakutan apabila ditanya mengenai rentetan kehilangannya sejak jam 11 malam tadi.

Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, usaha mencari dilakukan sejak semalam dan pada jam 10 pagi tadi, ada penduduk yang nampak anaknya di blok berkenaan.

"Ada yang beritahu saya, ada ternampak Nur Dania di blok berkenaan dengan mengenakan tudung kuning. Memang dia keluar dengan tudung itu semalam.

"Namun, sejam mencari baharulah jumpa setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan dan memanggil ustaz ke kawasan berkenaan.

"Dalam kejadian ini, saya tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang 'pegang' anak saya dari malam tadi malah sehingga kini, dia seakan bingung," katanya lagi.

Terdahulu, Nur Dania dikhuatiri hilang selepas dilihat bermain seorang diri di gelanggang futsal, pada jam 11 malam, semalam.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit keluar daripada rumahnya di tingkat 1, untuk bermain bersama rakannya kira-kira jam 10.15 malam di mana ketika itu ibunya sedang berniaga di restoran manakala anaknya berada bersama ibu bapanya di rumah.


*IKLAN*

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan