Haram cemar alam sekitar - Dr Maza

Haram cemar alam sekitar
Aizat Sharif mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21 pada 18 hingga 19 Februari lalu menyatakan bahawa ianya haram kerana tidak mahu masyarakat Islam melihat kepentingan dalam menjaga alam sekitar ini adalah sesuatu yang tidak berdosa dan remeh semata.

“Ini bukan hanya berkait soal etika kehidupan sahaja tetapi juga soal keagamaan dan setiap orang Islam wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar terutama merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem,” katanya kepada pemberita. ~SELANJUTNYA

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan