MELAWAT SEDARA MARA YANG JAUH (baca tajuk ala-ala sin chan)
Perhatian! Post kali ni ada unsur-unsur politik (sikit je). Read at your own risk. Hujung minggu lepas, aku telah pergi bersama keluarga ke Terengganu untuk melawat sedara mara yang ahli kelurganya mengalami kematian. Sedara mara yang ni aku tak berapa kenal sangat sebab tinggal jauh dan aku memang jumpa sekali dua je sebelum ni. Diceritakan arwah (lelaki) ni meninggal di hospital KT. Kata ahli keluarga dia lagi, arwah ni nampak sihat dua dan tiga hari sebelum tu. Masa tu macam-macam dia nak makan, tiba-tiba je pada waktu subuh sakit (sakit jantung) dia datang balik dan terus dia "pergi". Sudah ajal dia tapi dah banyak kali dah aku dengar pasal sakit dan mati tiba-tiba ni, terutamanya golongan lelaki umur 40-an keatas. Disebabkan hari tu hari jumaat, jadi secara automatiknya kena la pergi masjid. Tak jauh pun, belakang rumah sedara tu je. Time khutbah jumaat, itulah kali pertama aku tengok Imam Melayu (sebelum ni Imam foreigner) baca khutbah langsung tak tengok teks, mata pan...