MELAWAT SEDARA MARA YANG JAUH (baca tajuk ala-ala sin chan)

Perhatian!
Post kali ni ada unsur-unsur politik (sikit je). Read at your own risk.

Hujung minggu lepas, aku telah pergi bersama keluarga ke Terengganu untuk melawat sedara mara yang ahli kelurganya mengalami kematian. Sedara mara yang ni aku tak berapa kenal sangat sebab tinggal jauh dan aku memang jumpa sekali dua je sebelum ni.

Diceritakan arwah (lelaki) ni meninggal di hospital KT. Kata ahli keluarga dia lagi, arwah ni nampak sihat dua dan tiga hari sebelum tu. Masa tu macam-macam dia nak makan, tiba-tiba je pada waktu subuh sakit (sakit jantung) dia datang balik dan terus dia "pergi". Sudah ajal dia tapi dah banyak kali dah aku dengar pasal sakit dan mati tiba-tiba ni, terutamanya golongan lelaki umur 40-an keatas.

Disebabkan hari tu hari jumaat, jadi secara automatiknya kena la pergi masjid. Tak jauh pun, belakang rumah sedara tu je. Time khutbah jumaat, itulah kali pertama aku tengok Imam Melayu (sebelum ni Imam foreigner) baca khutbah langsung tak tengok teks, mata pandang lurus ke depan (lepas tu baru aku tahu, masjid tu rupanya madrasah tahfiz).

Tajuk khutbah pun menarik. Aku ringkaskan khutbah tu, bulan Mei banyak sambutan yang diadakan, antaranya hari pekerja, hari guru, hari ibu, hari wesak, tapi kita tertinggal satu hari yang paling besar, iaitu hari umat Islam di halau dan palestin di rampas oleh israel zionist.

Dalam khutbah itu lagi, kalau tak mampu pergi ke Masjid Aqsa, cukuplah sekadar mengirim minyak untuk pelita menerangi Masjid Aqsa, begitu pentingnya Masjid Aqsa kepada orang Islam semua. Kalau tak dengar dari khutbah aku takkan tahu pasal hal ni. harap-harap, sebar-sebarkan lah info ni.

Sebelum balik, aku borak dengan adik nenek aku (kiranya aku ni cucu sedara dia, rasanya). Masa ni la aku tanya pasal Masjid yang aku pergi tu. Dia cakap yang Masjid tu diurus oleh madrasah Tahfiz.

Ramai budak-budak yang belajar kat situ dari dalam dan luar Terengganu. Tambah dia lagi, Masjid tu hanya orang aliran 'Hijau' je yang pergi. Orang aliran lain akan pergi Masjid lain yang sealiran dengan mereka walaupun jauh.

Tambahnya lagi, bila ada kematian pandai pula cari orang aliran 'Hijau' ni untuk Solat Jenazah. Kalau dekat dan segan untuk ajak Tok Guru atau Ustaz Madrasah ni, mereka akan letak jenazah kat depan sebelum Solat Zohor atau Asar.

Kalau jauh, mereka ni akan sediakan kenderaan dan 'tangkap' pula budak-budak Tahfiz ni untuk Solat Jenazah. Bila Tok Guru dan Ustaz Madrasah ni tahu meradang la semua.

Marah bukan sebab sembahyangkan yang berlainan aliran tapi sebab budak-budak Tahfiz ni ambik upah RM10. Bila kena marah, budak-budak Tahfiz ni akan jawab "Dah orang bagi, kami semua ambik je, rezeki tak boleh ditolak".

Comments

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan