SERVIS KERETA


Semasa memandu hari ni, aku terpandang kat meter mileage kereta. Sudah 39,xxx KM rupanya. Tak lama lagi confirm kena servis jawabnya. Servis kereta termasuk antara perkara yang aku tak suka sebenarnya. Buka malas nak drive kereta ke workshop tapi sebab ada kemungkinan aku akan perang mulut kat situ.

Aku bukan kaki gaduh tapi sebab dah banyak kali workshop ambil kesempatan, jadi aku akan betul-betul berkira. Tiap kali nak servis aku mesti check betul-betul list yang dia bagi. Aku akan tanya setiap apa yang dalam list tu.

Tukar minyak hitam pun aku akan pastikan workshop tu guna minyak hitam dari botol dan bukan dari tong dram (ada workshop guna minyak hitam dari tong drum untuk dapat untung banyak). Minyak hitam yang lebih pun aku akan mintak balik, aku dah bayar jadi tu memang hak aku. Daripada workshop tu kumpul yang lebih tu banyak-banyak sampai boleh isi kat pelanggan lain, baik aku mintak balik.

Cerita pasal pengalaman, ada sekali aku nak buat first servis kereta aku. Aku tak puas hati sebab aku dapat kereta tu memang steering dia lari ke kiri. Aku pun pelik, kereta baru keluar kedai tapi steering dah tak betul. Masa nak buat servis, aku complain la pasal masalah tu. Workshop tu cakap boleh buat tapi aku kena bayar.

Aku tanya balik kenapa kena bayar, kereta tu tak sampai sebulan lagi, patutnya dalam warranty lagi. Lepas tu dok tuduh aku lenjan kereta tu sampai steering lari. Aku bawak kereta tu bawah 80KM/J je. Manual dah kata kereta baru kalau bawah 1000 KM mileage jangan bawak lebih dari 80KM/J, enjin cepat rosak kalau buat. Bila manger dia keluar dan backup kerani dia, aku terus blah, buang masa je duduk situ lama-lama.

Ada satu workshop yang aku paling suka. Workshp ni kat JB (dah lupa area mana). Lepas servis, esoknya dia call kereta ok ke tak, ada problem apa-apa ke tak. Bila nak sampai next servis dia siap SMS lagi cakap yang kereta kita dah nak kena servis. Businessman macam ni la yang bagus, utamakan pelanggan.

Bagi aku customer satisfaction paling penting. kalau customer puas hati dia akan selalu beli or guna servis tu dan siap rekomen pada kawan-kawan lagi. Tpi bila customer tak puas hati sama macam aku, kira tu the first and the last la aku pergi dan siap cakap pada kawan-kawan lagi "jangan pergi workshop tu, servis macam !@#$%&*".



Comments

  1. yup, customer always right.
    kadang-kadang tu, service after sales la yang buat orang datang lagi.
    apa salahnya bertolak ansur dengan pelanggan

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan