TEORI DARWIN; AKU BUKAN NATANG BERUK



Semasa mandi pagi hari ini, aku perasan rambut aku dah panjang. "Eh dah sebulan ke, cepatnya" kata aku dalam hati. Jadi petang tadi terpaksa aku pergi ke kedai guntung rambut. 

Bila sampai, aku dapati ada 4 orang umur dalam 50an berada dalam kedai tersebut. Aku tidak menunggu lama kerana 4 orang tadi datang bukan untuk gunting rambut, tapi hanya datang berbual-bual sahaja. Ketika sedang dipotong rambut, 4 orang tadi sedang rancak berbual. Dalam 4 orang itu, seorang sahaja yang banyak bercakap, yang lain hanya mendengar. 

Aku cuba untuk memahami topik perbualan mereka. "Kau tahu tak kita ni asal dari beruk....." kata yang banyak bercakap tersebut. Mereka sedang bercakap mengenai teori evolusi darwin rupanya. "Kau tahu kat amerika diorang test ubat kat beruk sebab beruk dengan kita sama....." katanya lagi. "Orang ni mesti baru tengok National Geographic kat tv" kataku dalam hati sambil tergelak kecil. Siap gunting rambut, aku pergi ke belakang, tempat 4 orang itu berbual. "Saya sokong cerita pakcik" kata aku kepada pakcik yang banyak cakap tadi. "Kau tengok, budak ni pun sokong apa aku cakap" kata pakcik yang banyak cakap kepada 3 kawannya. "Tapi pakcik, kalau macam tu saya boleh panggil pakcik ni Natang Beruk la" cakap aku lagi. "Aku manusia, bukan natang beruk" balas pakcik itu dengan nada terkejut. "Tadi pakcik cakap yang pakcik asal dari beruk, jadi boleh lah saya panggil natang beruk" balas aku lagi. pakcik tu sudah mula blur, yang lain pun ikut sama blur. Aku menambah " Pakcik, kita asal dari Nabi Adam, jangan percaya kita asal dari beruk". "Hah dengar tu, kita manusia, bukan natang beruk hahaha" sampuk tukang gunting sambil gelak besar. 

Aku terus keluar daripada kedai tersebut dengan diiringi gelak ketawa dari tukang gunting dan 3 orang kawan pakcik yang banyak cakap tadi. Bila dingatkan balik, jahatnya aku hahahaha.

Comments

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan