Posts

Showing posts with the label harian metro

Sebulan ditahan dan dirogol

Sebulan jadi hamba seks AFP Kolkata: Tiga lagi lelaki tempatan ditahan berhubung kes pelancong Jepun berusia 22 tahun yang dijadikan hamba seks selama hampir sebulan berhampiran lokasi dianggap suci di India. Sebelum ini, dua beradik yang juga pemandu pelancong ditangkap kelmarin selepas mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun lain yang membawanya ke Konsulat negara itu di Kolkata. Tragedi menimpa mangsa bermula di Kolkata selepas dia berkenalan dengan tiga lelaki tempatan - termasuk seorang yang boleh berbahasa Jepun - 20 November lalu setibanya dia di bandar itu. Mereka berjaya memujuk mangsa yang juga pelajar untuk mengeluarkan wang berjumlahj 76,000 rupi (RM4,200) daripada mangsa sebelum membawanya ke Bodh Gaya, lokasi suci bagi penganut Buddha di Bihar, 492 kilometer dari Kolkata. Di Bihar mangsa diserahkan kepada dua beradik yang mengurungnya di dalam bilik bawah tanah dan merogolnya berulang kali selama tiga minggu. Dua beradik terbabit...

GRO dipaksa

 0    0  0 Google +0 Oleh Icka S Hassan hmetroshahalam@hmetro.com.my Kajang: “Saya datang ke negara ini untuk bercuti tetapi dipujuk kekasih untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan dan dipaksa memberikan khidmat seks.” Itu alasan lapuk seorang pelanggan (GRO) yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pusat hiburan di Batu 9, Cheras, awal pagi semalam. Bagaimanapun, helah wanita Vietnam berusia 23 tahun itu adalah helah biasa yang sudah kerap didengar anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan serbuan. Ketua Operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, pihaknya melakukan serbuan serentak ke beberapa kelab hiburan di Kajang, Puchong dan Damansara Jaya. “Keseluruhannya, seramai 49 GRO warga Vietnam dan China berusia sekitar 26 hingga 34 tahun ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya yang ditemu...

Kedai usang tanpa papan tanda pusat maksiat

 0    0  0 Google +0 Kuala Lumpur: Misteri sebuah kedai usang tanpa papan tanda perniagaan akhirnya membongkar kegiatan pelacuran warga asing di kawasan perumahan elit di taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini. Premis berkenaan yang tidak dipasang lampu di hadapan didapati menjadi tumpuan pelanggan lelaki terutama pada waktu lewat malam hingga awal pagi. Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar selepas premis perniagaan itu diserbu sepasukan lapan anggota polis termasuk pegawai Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman jam 11.45 malam kelmarin. Siasatan mendapati premis itu yang menawarkan khidmat urutan seks tidak mempunyai lesen perniagaan sah. Jurucakap polis berkata, sembilan wanita warga asing membabitkan warga Indonesia dan Vietnam ditahan dalam serbuan berkenaan. Katanya, semua wanita terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM155 bagi setiap sesi. “Wanita yang ditahan itu berusia 20 hingga 32 tahun. Semu...

Aksi tangga

 2    0  0 Google +0 Kajang: Usia baru mencecah 16 tahun, namun seorang remaja lelaki yang ketagihan seks dikesan menjadikan kawasan tangga sebuah flat sebagai lokasi bermesra dengan kekasihnya. Difahamkan pasangan remaja itu melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali di kawasan tangga tingkat tujuh flat di Jalan Anggerik Perdana, di sini, sejak lapan bulan lalu. Bagaimanapun, remaja lelaki itu bertindak lebih gila apabila turut merogol adik teman wanitanya berusia 16 tahun ketika mereka bertemu di lokasi sama. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada November lalu, namun mangsa tidak pernah menceritakan kepada ibu bapanya. “Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi tangga tingkat tujuh flat berkenaan. Suspek mengajak mangsa berbual-bual sebelum dia mula meraba, seterusnya merogol mangsa,” katanya. Beliau berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu l...

Lepas rompak, rogol pula

Lepas rompak, rogol pula  0    6  0 Google +0 Oleh Mohamad Fahd Rahmat Fahd@hmetro.com.my Johor Bahru: Seorang wanita warga China berusia 38 tahun dirogol bergilir-gilir oleh empat penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis selain turut melarikan barangan berharga bernilai lebih RM20,000 di sebuah apartmen di Larkin, di sini, kira kira 9.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita berkenaan tidak bekerja dan sudah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut. Katanya, polis kini menggerakkan usaha untuk memburu empat suspek berkenaan dan seorang rakan lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas. "Kira kira 9.20 malam tadi semasa pengadu, seorang tukang kayu berusia 42 tahun hendak keluar rumah, lima lelaki memperkenalkan diri sebagai polis (tanpa menunjukkan apa apa kad kuasa atau pengenalan diri) dan menolak pengadu masuk ke dalam rumah. "Dua daripada suspek memukul pengadu menggunakan tangan d...