Aksi tangga
2 0 0 Google +0
Kajang: Usia baru mencecah 16 tahun, namun seorang remaja lelaki yang ketagihan seks dikesan menjadikan kawasan tangga sebuah flat sebagai lokasi bermesra dengan kekasihnya.
Difahamkan pasangan remaja itu melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali di kawasan tangga tingkat tujuh flat di Jalan Anggerik Perdana, di sini, sejak lapan bulan lalu.
Bagaimanapun, remaja lelaki itu bertindak lebih gila apabila turut merogol adik teman wanitanya berusia 16 tahun ketika mereka bertemu di lokasi sama.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada November lalu, namun mangsa tidak pernah menceritakan kepada ibu bapanya.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi tangga tingkat tujuh flat berkenaan. Suspek mengajak mangsa berbual-bual sebelum dia mula meraba, seterusnya merogol mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat awal pagi Jumaat lalu.
“Susulan itu, polis menahan suspek pada hari sama dan dia kini direman tujuh hari.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama pada alat sulit mangsa,” katanya.~CERITA SELANJUTNYA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22155#sthash.HHN3APoX.dpuf
Comments
Post a Comment
Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq