Kedai usang tanpa papan tanda pusat maksiat


 0    0  0 Google +0

Kuala Lumpur: Misteri sebuah kedai usang tanpa papan tanda perniagaan akhirnya membongkar kegiatan pelacuran warga asing di kawasan perumahan elit di taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.
Premis berkenaan yang tidak dipasang lampu di hadapan didapati menjadi tumpuan pelanggan lelaki terutama pada waktu lewat malam hingga awal pagi.
Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar selepas premis perniagaan itu diserbu sepasukan lapan anggota polis termasuk pegawai Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman jam 11.45 malam kelmarin.
Siasatan mendapati premis itu yang menawarkan khidmat urutan seks tidak mempunyai lesen perniagaan sah.
Jurucakap polis berkata, sembilan wanita warga asing membabitkan warga Indonesia dan Vietnam ditahan dalam serbuan berkenaan.
Katanya, semua wanita terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM155 bagi setiap sesi.
“Wanita yang ditahan itu berusia 20 hingga 32 tahun. Semua wanita terbabit didapati menyalahgunakan pasport serta menggunakan pas lawatan sosial untuk bergiat aktif sebagai pelacur di negara ini.
“Ketika ditahan, semua wanita itu didapati berpakaian seksi. Mereka dikesan menawarkan khidmat seks di dalam bilik khas yang dibina di dalam kedai itu,” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 20-an turut ditahan dipercayai penjaga premis terbabit.
Katanya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.
“Polis tidak menolak kemungkinan sindiket itu sengaja membuka perniagaan maksiat di kawasan elit berkenaan kerana menyangka ia selamat daripada ‘dilawati’ polis,” katanya.~CERITA SELANJUTNYA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22108#sthash.rN1AoXI7.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan