CERITA CERITI

Penyakit malas blogging aku dah datang balik da hahaha. Tapi takpe aku cuba juga hehehe. Dalam post ini aku ada dua cerita yang ingin dikongsi dengan semua.

Cerita yang pertama.
 Baru-baru ni aku pergi ke bank dengan mak. Disebabkan susah nak dapat parking, hanya mak yang masuk ke bank dan aku hanya menunggu di dalam kereta.

Pada masa itu jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Di sebelah kanan aku ada deretan kedai dan yang paling hampir dengan aku ialah sebuah klinik dan dua buah kedai menjual peralatan seperti enjin air, mesin potong rumput dan sebagainya.

Aku terpandang satu tulisan di pintu klinik tersebut, "REHAT 1.00 TGH/HARI - 2.30 PTG". tidak lama selepas itu, salah seorang pemilik kedai yang menjual barang-barang peralatan di sebelah klinik keluar dan menutup kedainya.

Bila sudah menutup kedainya, digantung sekeping papan kecil yang bertulis "REHAT 1.00 PTG HINGGA 2.30 PTG". Kedai yang menjual peralatan satu lagi aku lihat takde tanda-tanda yang pemiliknya akan menutup kedai untuk rehat atau makan tengah hari.

Datang dua orang lelaki dan masuk ke dalam kedai tersebut. Tak lama kemudian dua lelaki tersebut keluar dan mengangkat sebuah sebuah penapis air yang diletakkan di luar kedai sambil di iringi pemilik kedai tersebut. Dari situlah aku terfikir persamaan diantara pemilik klinik dan pemilik kedai barang peralatan yang pertama tadi, iaitu kedua-duanya pemilik Melayu. Manakala pemilik kedai barang peralatan yang ke dua pemilik Cina. Jadi aku taknak cerita panjang dan fikir-fikirlah sendiri. Cerita lebih nanti nama aku masuk "Hitlist" pulak hehehe.

Cerita ke 2. 

Baru-baru ini aku terpandang satu post dalam facebook yang buat aku terbakar. Post itu "Yes.. hari ni paling awal aku balik keja, korang semua jangan dengki aaa...". Aku terbakar sebab dah la ponteng kerja lepas tu siap boleh bangga lagi. Kalau taknak keja berhenti je, ramai orang JOBLESS yang nak keja tapi tak dapat keja.

Dah la keja dengan kerajaan, memburukkan lagi nama agensi kerajaan dan orang lain yang keja dengan kerajaan. Teringat kata-kata Manager HR kepada rekrut baru dahulu, "Kau dapat keja ni buat betul-betul, kalau kau taknak baik berhenti je, ramai lagi orang yang nak keja kat luar sana..".

Comments

  1. betul tu...

    saya nak kerja..berikan kertu tu untuk saya kalau malas bekerja...hehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan