BOGEL DEPAN HANTU



Kening Zach (Zahari) berkerut, kusyuk mendengar penerangan Tok Pali ketua Kg Sg Lalang.

Kg Sg Lalang diserang Langsuir. Penduduk Kg tidak lagi berani keluar malam kerana ada saja cara Langsuir itu menyakat mereka.

Suatu hari penduduk kg bermusyawarah lalu mencapai satu jalan yang mereka ramai-ramai sangka akan meneyelesaikan masalah mereka itu.

"Opah aku cakap kalau jumpa hantu bogel je depan dia". Entah apa yang mereka fikirkan mungkin sebab sudah tidak tahan kena sakat maka semua yang ada di situ bersetuju.

Pada malam berikutnya seeorang anak gadis telah dipilih dan dihantar untuk berbogel di kawasan hantu itu seringkali berkeliaran, di padang sekolah.

Besok malamnya semua orang berdebar-debar menunggu kaedah mereka itu berkesan atau tidak. Budak-budak kilang menunggu, security guard menunggu, nelayan menunggu dan semua orang yang berkaitan dengan keluar malam menunggu.

Seminggu berlalu, Langsuir itu tidak muncul. Mereka bersorak, berjaya fikir mereka.

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. langsuir muncul kembali. Penduduk kampung bermusyawarah semula, kebanyakan pemuda dan lelaki di kampung tersebut mahu kaedah yang sebelum ini diguna semula, mereka berkeras, lalu semua penduduk pun bersetuju.

Kaedah gadis berbogel di padang sekolah diguna semula macam mereka buat sebelum ini. Tapi kali ini keputusannya sebaliknya, hari kedua bukan saja Langsuir pertama tidak hilang, bertambah pula seekor lagi langsuir, begitu juga dengan hari berikutnya, makin bertambah pula langsuir di sekitar padang sekolah itu.

"Itulah sebabnya kami paggil encik Zahari ini", Ujar Tok Pali. Zach diam seperti memikirkan sesuatu, lalu dia mengangguk-ngangguk. "Baiklah saya rasa saya sudah faham, gadis yang Tok dok hantar itu sudah tidak berkesan lagi, Langsuir-langsuir itu sudah lali", "O jadi kena tukar orang?", "Ya, esok Tok Pali cari seorang pondan tua dan hantar dia berbogel kat padang itu".

Maka keesokan malamnya,orang-orang kampung pun buatlah seperti yang disarankan Zach. Seeorang pondan tua dihantar berbogel di tengah padang sekolah. Maka sungguh tidak disangka cara itu berkesan, hingga kini tiada lagi muncul langsuir-langsuir tersebut.

Bila ditanya Zach kenapa jadi begitu, beliau menjawab, "Bagi yang faham-fahamlah", sambil tersenyum.

Comments

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan