Nenek jual karipap

"You should follow us to Ipoh to eat Arabic rice," kata Hanim menegur Maria. "Salah tu," tambahnya lagi.

Mereka sedang menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang akan diduduki esok. Hanim seorang yang berlagak, dia perasan dirinya bagus. Sikap ini tidak disenangi kawan-kawannya yang lain.

Hanim belajar di sebuah institusi di utara tanah air. Dia tinggal di kolej kediaman yang disediakan oleh pihak institusi. Bangunan itu empat tingkat, ground, 1st, 2nd dan 3rd floor. Ia terletak di  atas bukit satu kilometer dari pusat pentadbiran dan pengajian kolej yang menempatkan kelas, perpustakaan dan bilik pensyarah. Hanim tinggal di tingkat tiga.

Hanim tinggal dengan tiga lagi rakannya. Biliknya itu mampu memuatkan dua set katil double decker, dua locker dan empat meja belajar. Katil disusun di tengah, locker disusun di hujung sebelah kepala dan kaki katil manakala meja pun begitu, dua di kaki katil menghadap pintu, dua lagi di kepala katil menghadap tingkap. Hanim dapat meja yang menghadap tingkap.

Tingkap bilik mereka tingkap cermin berdaun yang membolehkan badan menjenguk keluar, bukan tingkap cermin berbilah banyak itu yang hanya boleh menyua keluar tangan.

Minggu peperiksaan telah tiba. Sudah menjadi lumrah pelajar IPT setiap kali menjelang peperiksaan, mereka akan menelaah pelajaran hingga lewat malam. Hanim tidak terkecuali.

Masing-masing duduk di meja masing-masing. Mereka mula menelaah pada jam 10. Lewat jam 12 seorang demi seorang meninggalkan meja belajar dan menuju ke katil.

Tepat jam 1 pagi tinggallah Hanim seorang diri di mejanya. Hanim kusyuk menelaah buku. Kadangkala kepalanya dipanggung melihat keluar tingkat di depan mejanya itu.

Suasana di luar kelam hanya di beberapa tempat diterangi cahaya lampu jalan. Pokok rhu yang ditanam di sekeliling kolejnya menari-nari perlahan-lahan ditiup angin malam. Sunyi sepi dan sejuk.

Hanim menundukkan kepalanya semula menghadap buku.

"Dik, dik, nak beli karipap tak?"

Hanim terpanggung semula apabila mendengar suara serak itu.  Seorang nenek berselendang putih menutupi rambutnya, berbaju kurung Kedah berwarna putih bercorak bunga melur mengendeng bakul plastik merah empat segi sedang berdiri di luar tingkapnya.

"Eh tak pe lah nek dah kenyang ni," balas Hanim tersenyum.

"Tanyalah kawan-kawan kut-kut ada yang mahu." Balas nenek itu lagi.

"Eh diorang semua dah tidur nenek, terima kasih je lah ye," balas Hanim.

" Kalau macam tu tak pe lah dik," seraya nenek itu berpusing mahu berlalu pergi, tapi dia berhenti dan menambah, "You should come with us to Ipoh to eat the Arabic cuisine there. Ayat ni lebih baik."

"Erk ye ye. (Siapa pula yang lepas nenek ni masuk kawasan kolej malam malam ni?)" Degus Hanim dalam hati kurang selesa.

Terhenti lamunan nenek di depannya sudah tidak kelihatan.

" Mungkin sudah pergi," Hanim bercakap sendiri.
.
.
.

"Eh, aku kan kat tingkat tiga, nenek tadi berdiri atas apa pula, mana ada corridor depan tingkap aku?"

Hanim terdiam.

Comments

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan