Cerita Internet


Dekat sebulan aku tak post kat blog ni. Bukan apa, malas je hahaha. Secara rasminya aku telah sebulan bertukar ISP (internet servis provider) daripada wireless internet (Celcom) kepada wired internet (TM Streamyx) .Ada banyak cerita sebenarnya pasal aku bertukar ISP ni, dari first time isi borang, sampai ke pemasangan kat rumah.

Post ni aku hanya akan cerita pasal selepas pemasangan je. Selepas lebih 3 minggu menunggu (next post aku cerita pasal 3 minggu ni) dapat lah aku guna Streamyx kat rumah. Aku ambik pakej Block Buster yang 1Mbps.

Aku dapat 1 telefon cordless jenama Motorola dan boleh call unlimited ke semua fix line dan juga modem wifi jenama D-Link. Cerita pasal servis, kira TM better sikit je berbanding dengan Celcom Broadband. Kalau buat speed test boleh dapat sampai 1.6 Mbps.

Kira bagus walapun register untuk 1 Mbps tapi dapat lebih dari tu. Masa guna Celcom dulu bila buat speed test jarang dapat lebih 600 Kbps (lepas problem tak boleh pakai 3 minggu baru boleh dapat atas 1 Mbps).

Semenjak guna Streamyx dalam sebulan ni ada banyak kali jugak internet putus-putus dan slow gila. Kalau sekejap tu aku tak meradang sangat tapi minggu lepas hampir 4 hari takde connection langsung.

Bengang punya pasal aku call 100 (customer servis TM). Bila aku cakap connection slow dia boleh cakap balik slow sebab aku download movie. Aku cakap balik, aku mana download movie, lagi pun sekarang orang dah jarang download movie, tengok online je.

Dalam internet sekarang semua movie guna Streaming, tak payah nak download, cakap je nak tengok cerita apa, Jepun, korea. Tapi betullah orang cakap pasal customer service TM, memang perlu penambahbaikan yang maksimum.

Aku harap servis TM bertambah baik lepas ni, dah lah aku ni heavy internet user. Tak tengok TV boleh hidup lagi, tapi takde internet memang "Tidur tak kenyang dan makan tak lena" lah jawabnya hahaha..

Comments

  1. lebih suka wired internet dari berokband.

    ;D

    ReplyDelete
  2. Wired internet bagus sebab speed dia stabil dan yang paling penting betul-betul unlimited, tidak macam wireless berukband, cakap unlimited tapi ada tulisan kecik kat bawah sekali yang cakap " Quota 5GB sebulan, kalau lebih akan dislowkan speed anda".

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan