SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA

Sekejap sahaja sudah masuk Hari Raya. Jadi disini diucapkan kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ini tidak ada baju Melayu yang baru, sebab dah banyak sangat dalam almari. Baju Melayu yang sekarang pun ada yang masih baru sebab pakai sekali dua sahaja.

Semalam sibuk membasuh semua Baju-baju melayu sambil memilih yang mana hendak dipakai untuk Raya tahun ini. Alamak, seluar sudah tidak muat da. Nampak gayanya, tahun ini ke Masjid berbaju Melayu dan berkain sarung sahaja hahaha. Teringat seorang kawan berkata, orang Cina bila pakaian sudah ketat, mereka kecilkan badan, kita pula membesarkan pakain. Jadi tidak hairan, kita sentiasa 'besar" hehehe. Penyelesaiannya, perlu banyak bersenam selepas ini.




Comments

  1. happy hari raya :)
    maaf zahir batin atas kekasaran sepanjang berkawan di sini..

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri kpd En. Hizzame dan Mr. Gentleman Frog... selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya untuk hizamme dan gentleman frog.. Maaf kalau ada salah silap.. Enjoy raya.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan