TEMAN LELAKI MALAS

Enggan sara kekasih malas [HMetro]


SAYA merancang bertunang dengan H tidak lama lagi. Semuanya berjalan lancar hinggalah H berhenti kerja hujung bulan lalu. Sebelum itu saya menanggung semua perbelanjaan H.

Kerana mahu dia berubah, saya rela menanggung kesusahan. Saya berpangkat lebih tinggi sementara dia susah mendapat pekerjaan kerana tiada kelulusan.


Namun saya tetap menyimpan harapan dia bekerja bersungguh-sungguh untuk memperbaiki status kehidupan sekarang. Oleh kerana kewangan H tidak stabil, saya membuat pinjaman menguruskan majlis pertunangan ini.

Pada masa sama, saya terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk melangsaikan pinjaman terbabit. Berikutan kerap menjadi tempat bergantung, saya tidak puas hati dengan H.


Saya bertambah tertekan kerana sebaik pinjaman diluluskan, H terus berhenti kerja. Ini menyebabkan saya tersinggung dengan sikap lepas tangan H.


Saya bukan ingin mengungkit, tetapi betul-betul kecewa dengan sikap H. Saya turut meminjamkan motosikal ayah untuk memudahkan H pergi kerja, tetapi dia masih dengan sikap sambil lewa.


Disebabkan terlalu tertekan, saya mengadu kepada keluarga dan mereka marah dengan tindakan saya. Keluarga membantah saya meneruskan hubungan dengan H, sedangkan sudah tiga tahun kami menjalin hubungan cinta. Wajarkah saya meneruskan hubungan dengannya?


INTAN
Selangor

Comments

  1. she better walks away
    aiyoh, don't be stupid

    ReplyDelete
  2. pada saya, putuskan sahaja. mungkin daripada perkara mcm ni akan buat dia sedar..

    ReplyDelete
  3. ya,,putus ja dengan H tu....banyak lagi laki yang baik untuk intan..

    jangan bazir wang kerana lelaki...ngeh3..

    ReplyDelete
  4. Ermmm..tak payah cari penyakit..tiada beban batu digalas. Awal2 dah nampak lepas tangan..dah kawin tak tau la ...
    Selamat menyambut Idul Fitri dari saya..

    ReplyDelete
  5. Honey, your boyfriend's no good bum. Dump him in the trash and get on with your life. Go find someone better.

    Hehehe...

    ReplyDelete
  6. Teringat kat jiran dekat rumah, anak dia doktor, dia kahwin dengan orang tidak setaraf dengan dia (suami dia SPM je), dengar cerita suami dia ngorat time dia praktikal kat hospital. Pendapat peribadi kalau lelaki macam ni mengorat, jangan la layan, kalau perempuan educated, baik cari yang sama level. Ada golongan lelaki yang hendak cari perempuan yang educated/pangkat lebih besar darinya sebab mudah dia nak "Tumpang". Mungkin ada yang ikhlas, tetapi baik avoid perkara macam ini. Ramai orang kata, cinta itu buta. But for me, cinta tidak buta, tapi kita sendiri yang mencucuk mata sendiri sehingga buta.

    ReplyDelete
  7. Mcm hizzame kata tu betul, psl ada kakak sedara saya pun pernah berkahwin dgn sorg lelaki yg tak setaraf dgn dia dan labih muda drpd dia... last2 diorg bercerai lepas dia dpt tau laki tu cuma gunakan dia utk berbelanja mewah dgn girlfriend baru... laki tu skg dah kawen dgn girlfriend dia. Skg kakak sedara tu tak kawen2 dah. Serik agaknya. Nasib baik takde anak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan