CERITA 1 RIYAL




Hari ini sudah masuk Hari ke 3 umat Islam menyambut Hari Raya. Hanya ada satu aktiviti pada hari ini, iaitu reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah. Disebabkan reunion ini dibuat last minit, tidak ramai yang dapat datang, dalam 10 orang sahaja yang datang. Majority yang datang aku last jumpa masa darjah enam dahulu ( lost contact lepas masuk sekolah menengah). Ingatkan aku seorang sahaja yang single, rupanya ada lagi yang single, kira ada geng la hahaha.

Tetapi aku "Astonish" pada hari ini kerana semasa hendak pulang, ada seorang kawan tiba-tiba cakap yang dia hendak bayar duit yang dia pinjam dari aku dahulu. Aku sudah lupa sebab aku last jumpa dia masa darjah enam. Aku cakap yang aku sudah lupa dan kira halal semuanya tetapi dia masih mahu membayar. Dia datang dekat dan memasukkan duit ke dalam poket baju Melayu yang aku pakai dan terus pergi. Aku seluk poket dan dapati ada "Seriyal" dalam poket.

Apa yang membuatkan aku "Astonish" ialah dia masih ingat pasal duit itu walaupun sudah lama. Aku darjah enam tahun 1993, sekarang 2011, sudah 18 tahun. Lama gila, dan dia masih ingat walaupun nilai yang di pinjam hanya seringgit. Mungkin sesetengah akan anggap, apa sangat dengan nilai seringgit itu, tetapi ia membuatkan aku teringat, antara perkara yang wajib dibuat walaupun sudah mati ialah membayar semua hutang yang ada. Aku sekarang cuba untuk mengingati adakah aku ada hutang selain daripada hutang kereta dan PTPTipu, oopss silap, PTPTN.

Comments

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

ANGST