BILA MANUSIA MENJADI BUKAN MANUSIA

Kita biasa mendengar "Dalam binatang tidak ada manusia tetapi dalam manusia ada binatang"(tolong betulkan kalau salah). Tetapi hari ini aku rasa ayat diatas tak relevant lagi kot. Malam tadi aku terbaca dan menonton video berita dari Reuters mengenai satu langgar lari di China.

Mangsanya seorang budak berusia 2 tahun. Mangsa bukan setakat dilanggar tapi yang paling teruk orang sekeliling boleh buat "DON'T KNOW". Aku rasa binatang pun malu nak buat macam tu. Dalam video tu, yang first boleh dianggap langgar lari tapi yang second tu aku tak pasti macam mana. Dengan selambanya kenderaan no.2 langgar mangsa yang terbaring diatas jalan. Takkan dia ingat anjing mati kat tengah jalan kot.

Bila pemandu yang melanggar tu di tahan dia boleh jawab yang dia nampak budak 2 tahun itu dan dia suka budak tu mati dari hidup sebab kalau budak tu hidup dia terpaksa menggung budak tu sampai dewasa (sampai sembuh kot), berbanding kalau mati hanya bagi one off payment sahaja(kira duit urus jenazah). orang yang melanggar siap boleh offer duit kat ibu bapa mangsa kalau mereka diamkan sahaja. Bagi aku orang macam ni patut dileraikan badan dia satu persatu, memang tak patut hidup.




Harap-harap jangan lah orang malaysia jadi macam ni, memang tunggu Allah turunkan bala jawabnya.

Comments

  1. Hiba sangat bila tengok kejadian ni..

    ReplyDelete
  2. memang sayu tgk vdoe neh...

    tapi diorg cakap dah undang2 di sana macam tu kan....jangan la Malaysia macam ne..

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan