0 0 0 Google +0 Oleh Icka S Hassan hmetroshahalam@hmetro.com.my Kajang: “Saya datang ke negara ini untuk bercuti tetapi dipujuk kekasih untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan dan dipaksa memberikan khidmat seks.” Itu alasan lapuk seorang pelanggan (GRO) yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pusat hiburan di Batu 9, Cheras, awal pagi semalam. Bagaimanapun, helah wanita Vietnam berusia 23 tahun itu adalah helah biasa yang sudah kerap didengar anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan serbuan. Ketua Operasi, Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, pihaknya melakukan serbuan serentak ke beberapa kelab hiburan di Kajang, Puchong dan Damansara Jaya. “Keseluruhannya, seramai 49 GRO warga Vietnam dan China berusia sekitar 26 hingga 34 tahun ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya yang ditemu...