ISLAM YANG FRAGILE ATAU MELAYU YANG FRAGILE?

Warning! Post ini ada unsur 18PL, read at your own risk.

Sekarang sedang kecoh pasal isu JAIS, murtad, Bible dalam bahasa Melayu, kalimah ALLAH oleh Christian dan sebagainya. Jadi aku terlintas di fikiran untuk menaip satu post yang ada kena mengena dengan isu ini. Post ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi dari sudut perspektif dan pengalaman yang aku alami sendiri.

Bila bercerita mengenai murtad, aku sendiri ada pengalaman, iaitu ada orang cuba untuk men"twist" akidah aku. Benda ni dah lama, masa mula-mula masuk universiti dulu. Masa tu aku kenal dengan 2 orang bukan Islam, seorang Raj, baik orangnya, aku selau berbual dengan dia. Seorang lagi nama All (bukan nama sebenar). All ni yang cuba twist aku.

Perkara ni berlaku dalam kelas. All tulis perkatan "DOG" kat buku nota dan suruh aku baca. Aku baca apa yang dia tulis. Selepas tu dia cakap suruh aku terbalikan perkataan tu, aku cakap "GOD" tiba-tiba dia cakap "apa awak ni, cakap GOD tu DOG, tak baik tau". Aku time tu tengah blur, lepas tu dia mula bercerita pasal Christianity, banyak jugak, aku cuma dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Masa tu aku terfikir pasal cerita orang cuba murtadkan orang Islam, tak sangka pula aku sendiri yang kena.

Semenjak dari itu aku cuba untuk tak nak dia duduk sebelah aku tapi tak berjaya. Aku ceritakan pada seorang kawan baik dan tak disangka-sangka, orang putih kata "Jackpot" sebab kawan baik aku ni memang keja dia suka berdebat pasal hal-hal macam ni.

Menerusi kawan baik ini aku mengenali The Legendary Ahmad Deedat, Saba' Islamic Media dan juga tidak lupa Bible. Aku pernah membaca Bible tapi dalam BI sebab tu je yang ada. Kalau aku cakap kat public yang aku baca Bible, confirm aku kena tahan atas alasan ada niat untuk murtad. Tetapi sebab sebenar aku membaca  Bible bukan untuk masuk Christian tetapi untuk Counter balik jika All cuba untuk men"twist" aku lagi.

Banyak VCD dan buku Ahmad Deedat yang aku tonton dan baca. Tetapi ada satu yang aku paling suka. Ada satu debat antara Ahmad Deedat dengan seorang paderi Christian, Ahmad Deedat mencabar paderi tu untuk minum racun kerana ada satu verse dalam Bible yang menerangkan Christian sejati tidak akan apa-apa jika minum racun. Sampai habis debat, paderi tu tak minum racun yang Ahmad Deedat bagi. Aku mula merancang, jika All cuba twist aku lagi, aku ku cabar dia minum racun untuk dia buktikan yang Bible itu benar, luckily it does not happen hahaha.

 Mengenai kalimah ALLAH, aku kurang setuju bila ada pihak yang cakap itu hanya untuk orang Islam sahaja. Adakah dengan orang Christian menggunakan perkataan ALLAH, ramai orang Islam akan menjadi murtad. Terdapat 4 kitab yang diturunkan dari langit iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Jadi tidak hairan jika dalam 4 kitab tersebut ada perkataan ALLAH. Contoh, "Hallelujah" dalam agama Christian. Perkataan tersebut datangnya dari perkataan latin "Alleluia", dan perkataan itu datang dari perkataan Hebrew. Jika di sebut berulang kali kita akan mendengar "Allah Hu Ya", hampir seperti "Ya Allah" atau versi panjang "Ya Allah Hu Ya Allah" yang biasa kita sebut.

Apabila Munshi Abdullah menterjemah Bible ke dalam bahasa Melayu, ramai yang mengatakan dia pengkhianat Islam dan bangsa. Bagi aku, ada sebab yang kita semua tidak faham sampai ke hari ini mengapa dia berbuat demikian. Aku tidak kisah jika Bible di terjemah dalam bahasa Melayu, tetapi mesti di terjemah keseluruhan atau 100% dan tanpa mengedit atau memotong mana-mana bahagian dalam Bible itu.

Sepanjang pengalaman aku membaca Bible, membaca dan menonton Video debat Ahmad Deedat, banyak Contradiction dalam Bible yang aku jumpa. Contoh mudah, Christian sejati minum racun tidak akan mati ( sila check kat internet & Bible). Dalam Islam haram bunuh diri, Christian sejati minum racun tak mati, hebat tu. Sama juga bila Christian menganggap Jesus itu anak Tuhan, walhal kita tahu Tuhan itu SATU, tidak beranak dan tidak diberanakkan.

Kalau kita banding Al-Quran dengan Bible, memang jauh bezanya. Al-Quran ada satu versi je. Bible ada bermacam-macam versi, ada old testament la, new testament la dan semua tu tak sama dengan versi-versi yang ada. Aku malas nak taip semua pasal contradiction dalam Bible ni, jadi rajin-rajin la search kat internet hehe.

Berbalik kepada persoalan Islam yang Fragile atau Melayu yang fragile? Bagi aku Islam tidak pernah lemah, tidak pernah fragile dan apa-apa yang negatif. Yang bermasalahnya ialah kita atau Melayu. Memang fragile dan lemah, kalau tidak kenapa kita takut bila agama lain guna kalimah ALLAH, takut bila ada Bible dalam bahasa Melayu, ramai murtad dan sebagainya. Masalah ini yang membezakan Islam sebenar "Takbir" dengan nama je Islam "Take beer". Sampai bila kita hendak jadi lemah kalau kita sendiri taknak berubah. Bagi aku debat Ahmad Deedat dan sebagainya patut disiarkan di TV dan di sekolah-sekolah, biar terbuka sikit minda orang-orang Islam yang majoriti orang Melayu. Apabila bukan Islam cuba serang akidah orang Islam, kita kena lawan balik, bukan dengan kekerasan atau undang-undang, tetapi kita berdebat dengan mereka, buktikan yang mereka itu salah. ALLAH sentiasa bersama orang yang benar dan adil.

Contoh Mukjizat dari Al-Quran ( Dari http://www.islamicmedicine.org)


“Whomsoever Allah desires to guide, He expands his chest to Islam; whomsoever He desires to lead astray, He makes his chest narrow, tight, as if he were climbing up to the sky.” (6:125)


“I do swear by the Day of Resurrection.  I do swear by the reproachful soul.  Does man reckon We shall not gather his bones? Yes indeed; We are able to shape again the tips of his fingers.” (75: 1-4)

"Your Lord revealed to the bees: "Build dwellings in the mountains and the trees, and also in the structures which men erect. Then eat from every kind of fruit and travel the paths of your Lord, which have been made easy for you to follow." From inside them comes a drink of varying colours, containing healing for mankind. There is certainly a Sign in that for people who reflect"  (16: 68)

Comments

  1. Allahyarham Ahmad Deedat seorg pendebat fahaman keIslaman yg petah berbicara dan berkarisma... ada sorg lagi pendebat yg bagus juga spt dia, baru2 nie dia dijemput oleh Oxford University utk membentangkan hujah2nya - Dr. Zakir Naik.

    ReplyDelete
  2. iman tak kuat.sebab tu paranoid yang bukan2.

    ReplyDelete
  3. Jo Qusary: Dr. Zakir Naik memang anak didik Ahmad Deedat. Yang menjadi masalahnya, dia kurang disenangi dan di label extremist dan wahabi oleh banyak negara Islam.

    Una Berry: Iman tak kuat dah satu masalah, kurang ilmu mengenai Kristian pun satu masalah juga. Kalau ramai yang tahu dan faham Kristian ini, amat payah mereka untuk murtadkan orang Islam. Tapi kebiasaanya mereka jarang guna Bible untuk berdebat, biasanya akan guna logik. Contoh, "Kamu percaya Jesus itu nabi Isa. Kamu juga percaya Jesus akan turun untuk memimpin umat manusia. Kalau begitu kamu juga mempercayai Kristian itu agama benar, tidak payah susah-susah tunggu nabi Isa turun, masuklah agama kami.....". Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan