Why do we look for water on Mars?

"And we have created from WATER every living thing. Will they not then believe?", Q 21:30

TELL US U'VE FOLLOWED:

Google+ Followers

Monday, September 24, 2012

Made only in Malaysia


Hampir setahun rupanya aku tak post apa-apa kat blog ni.Bukan apa cuma malas je hahaha. Ada yang rindu ke hehe, siapa ynag rindu angkat tangan hahaha.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang gagah, gemilang dan terbilang tapi aku tak bangga guna product dan services buatan  kompeni Malaysia. Mesti yang akan kata aku tidak patriotik, tapi takde makna patriotik kalau pengguna asyik ke tipu & cekik.

Service yang aku bengang sekarang ialah internet. Kadang aku pelik jugak, loni zaman broadband ke, atau zaman beruk band. Kalau zaman broadband takdenya internet tu sangkut-sangkut & kadang-kadang tak boleh connect langsung. Bila buat report macam-macam alasan yang diberi, last-last pengguna jugak yang kena balik.Dah macam anjing menyalak bukit, takde apa-apa kesan. Bila part bayar nak cepat tapi servis hampeh. 

Aku rasa dalam Malaysia ni perjanjian antara pengguna dan kompeni memang berat sebelah serupa cerita Tan Sri P.Ramlee, 3 Abdul. Dialog dalam cerita tu,"Dalam perjanjian ini, apabila anakanda marah, anakanda kan di jual dan semua harta ayahanda rampas",  "Dan kalau ayahanda marah?", "Kalau ayahanda marah takde apa-apa hehe..". Situasi Malysia sekarang "Kena bayar, kalau tak nak bayar kami potong", "Tak nak bayar, servis macam hampeh", "Kalau tak nak bayar nanti jumpa kat mahkamah, hang tak baca ke, yang bintang kecik tu, dengan kanta baru nampak", "Siot @#$%&*". So itulah dalam Malaysia, kalau kat luar negara confirm dah kena saman, serupa kes airasia kena saman kat Australia sebab iklan meragukan. Kat Malaysia mana ada, kena tipu 24 jam. Sini korporat (keparat) first, baru pengguna kemudian.

Kalau part product atau barangan part otomobil paling best nak cerita hehe. Aku nasib baik la guna kereta buatan Malaysia tapi enjin jepun. Walapun dah 3 tahun guna, tak banyak masalah kecuali bahagian-bahgian kecil je yang tercabut. Kawan aku yang guna kereta buatan Malayisa yang satu lagi tu kurang bernasib baik.
Ada saja yang rosak, power window la, enjin la, macam-macam ada.  "Sebab harga keta mahal la aku pakai keta @#$% ni..." kata kawan aku tu. Aku tak nak cite lebih-lebiih part otomobil ni, nanti ada yang sedih time nak beli keta hehe. Jadi aku akhirkan post aku di sini, takut nanti ada yang bising hahaha.

*sorry takde gambr, internet slow, nak loading gambar pun lambat

1 comments:

hizzame said...

eh bila masa lak aku letak gambar, misteri ni hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular This Week

Monthly Popular Posts

DISCLAIMER


THANK YOU FOR READING