Hantu? Syaitan? Jin?

Dari kecil lagi kita dimomokan dengan dengan cerita mengenai hantu, syaitan dan jin ini. Di Barat mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan kewujudan makhluk-makhluk ini tetapi di negara kita dah macam perkara biasa.

Bayangkan di Malaysia, ada bermacam-macam hantu, hantu jepun, pochong, tinggi, lampu, puntianak, toyol dan banyak lagi tetapi di barat hanya ada hantu (ghost) dan semangat jahat (evil spirit) sahaja yang biasa kita dengar.

Persoalan yang ingin saya ketengahkan adalah apa yang makhluk-makhluk ini boleh buat terhadap kita. Kalau ikut filem, makhluk-makhluka ini dapat menyentuh dan mencekik manusia, tetapi adakah itu realitinya.

Pengalaman ketika tinggal di kuaters kediaman di Johor, setakat ketukan di pintu, TV dan lampu di dalam bilik terpadam dengan sendirinya (saya tinggal sendirian di bilik tersebut) adalah perkara yang pernag dialami.

Kalau ada apa-apa yang hendak dikongsi boleh la komen.Sila lihat gambar dibawah. Gambar tersebut diambil pada waktu pagi lebih kurang pukul 10 pagi di kubur lama di kampung Teluk Ramunia, Johor.


Comments

  1. den bukan nak cakap apo.. tapi den dah biaso bonar ngan pokok jenis ni. ni bukan antu tapi kaler kulit pokok. pokok tu jenis bersopak sikit... jadi kadang2 orang salah anggap ingatkan antu. padahal tu warna kulit pokok yang bersopak.

    ReplyDelete
  2. Ya ke tapi masalahnya lepas orang perasan dalam gambar ni, ramai yang pergi balik tempat tu tengok ada lagi ke tak dan memang takde apa-apa pun.

    Bagi saya tak heran pun sebab tempat tu memang "Keras", mengikut cerita orang kampung ramai yang dah jumpa cuma ntah macam mana boleh masuk dalam gambar pada hari tu.

    Saya sendiri pun pernah di ganggu oleh langsuir ni kat kuaters satu malam sebelum puasa (kira malam esok dah malam pertama puasa).

    Benda ni bertenggek di atas pokok sebelah kuaters saya tinggal. Dia ganggu malam tu sebab malam esoknya dah nak kena rantai kot, lepas gian hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan