HANTU TAK ADA KEPALA
Ali seorang guru di sebuah sekolah di jajahan Gua Musang. Isterinya juga seorang guru tetapi bertugas di Kota Bahru. Pada tiap-tiap hujung minggu Ali akan memandu seorang diri dari Gua Musang ke Kota Bharu dan kembali. Setiap kali mahu pulang, kawan-kawannya berpesan, "awas hantu takde kepala, ramai dah kena". Ali membalas dengan senyuman usikan mereka kerna selama ini beliau selamat.
Hujung minggu itu Ali bertolak selepas solat jumaat, pertengahan perjalanan tirai senja mula berlabuh saki baki mentari masih mengintai dari balik bukit bukau, dalam kekuningan rembang senja itu Ali melihat ada seorang lelaki di tepi jalan melambai tangan menahan keretanya. Ali zahirnya seorang yang baik hati, lantas dia memperlahankan keretanya lalu menyapa, "nak ke mana Pak Cik" dijawab orang tua itu "Pak Cik nak tumpang ke Kuala Krai, dah lama tunggu bas tak sampai-sampai" Ali tersenyum sambil menjawab " Owh, tak de masalah" seraya membuka pintu kereta.
Perjalanan diteruskan, Ali dan orang tua itu berbual-bual menghabiskan masa, dari latar belakang sampai ke rumah tangga akhirnya masuk bab hantu tak ada kepala, orang tua itu membuka cerita, "Tak takut ke memandu seorang diri" Jawab Ali "Sudah biasa pak cik" Orang tua itu tersenyum seraya membalas "Tahu tak tempat ni keras?" Sambil ketawa Ali berseloroh "Pernah dengar juga ramai orang cerita, tapi saya tak percaya hahaha" Orang tua itu ikut ketawa sambil bersuara, "Hahaha kalau kau tak percaya HABIS AKU NI APA HIHIHI" lalu mencabut kepalanya sendiri. Ali terkejut dan menjerit sekuat hati dalam kekalutan itu dia sempat membrek, CRETTT, Ali tersengguk dan bila di panggung kepalanya orang tua tadi sudah ghaib.
Cemas dan berdebar-debar, Ali bingkas keluar dari keretanya dan berlari ke pinggir hutan, tercungap-cungap dia seketika, di tarik nafasnya dalam-dalam dan menghembus keluar banyak-banyak hingga perasaan cemasnya surut. Bila dia kembali tenang, baru dia sedar hari sudah gelap dan dia berseorangan di pinggir hutan lantas dia tekad mahu teruskan perjalanan, ya lah tunggu pun buat apa. Kejadian tadi membuatkan dia tidak tenteram dan berasa takut namun digagahinya juga. Ali memecut laju selaju yang boleh keretanya pergi. hati kecilnya tak putus-putus berdoa agar dia bertemu sesiapa untuk menemaninya.
Dari bias cahaya lampu keretanya akhirnya Ali nampak seorang lelaki sedang menunggu bas di tepi jalan. Ali memberhentikan keretanya tanpa ditahan lalu menyapa "Nak kemana encik marilah saya tumpangkan" tersengih, lalu lelaki itu menjawab "nak pergi bandar, terima kasih". Lelaki tadi pun masuk ke dalam kereta dan mereka pun bertolak. Tidak lama lelaki tadi perasan akan kerisauan di wajah Ali lalu dia menyapa, "awak macam takut saja, kenapa?" Tidak mampu menanggung seorang diri Ali menjawab "saya jumpa hantu tak ada kepala" terlopong mulut lelaki yang menumpangnya "HAH BIAR BETUL KO!?" puas terkejut lelaki tadi menyambung "TAK ADA KEPALA MACAM NI?" lalu mencabut kepalanya sendiri dan mendekatkannya kepada Ali.

ei, seram...
ReplyDelete