Why do we look for water on Mars?

"And we have created from WATER every living thing. Will they not then believe?", Q 21:30

TELL US U'VE FOLLOWED:

Google+ Followers

Saturday, February 25, 2012

ZAHARI PENYIASAT HANTU 1


Seorang kawan bernama Zahari yang mempunyai anugerah boleh melihat makhluk halus pernah bercerita. Satu hari keretanya rosak di pertengahan jalan di kawasan estate getah pada waktu tengah malam. Dia pun memberhentikan kereta di siring jalan lalu keluar memeriksa keretanya. Puas membelek dia tidak tahu kenapa keretanya rosak. Line telefon pun tak ada untuk meminta bantuan.

Kecewa, Zahari pun mula berjalan mencari bantuan walaupun kawasan itu agak mustahil mempunyai penduduk. Tiba-tiba Zahari nampak bayang rumah agam di tengah-tengah hutan. Zahari menapak mendekati rumah agam itu. Rupa-rupanya rumah usang. Tiba-tiba rintik-rintik hujan mulai mencium Zahari bertubi-tubi. Tanpa berfikir panjang dia pun berlari menerpa masuk ke dalam rumah itu.

Rumah itu seakan-akan asrama lama. Zahari berjalan-jalan sepanjang coridor rumah itu. Sampai di satu bilik dia terhenti bila mendengar bunyi suara budak berborak-borak dalam satu kumpulan kecil. Zahari menjenguk dan melihat sekumpulan anak hantu sedang berborak-borak dalam kumpulan. Zahari pun memasang telinga.

"Ko nak dengar cerita manusia?", kata hantu A kepada hantu-hantu lain. "Ko kalau tak buka cerita seram tak sah", kata se (apa penjodoh bilangan untuk hantu a) hantu. "Kau ni penakut, best gak tu cerita la", jawab hantu-hantu lain pula. "Ceritanya begini, ada seorang manusia dia telah mendera anaknya hingga mati lalu menanam anaknya di sebuah padang, dua tahun lepas tu baru polis jumpa mayat anaknya tu", "Ish bio betul ko? Kejamnya," "Betol aku tak tipu, aku dengar dari kawan aku".

"Aku pun ada cerita juga", kata hantu B. "Ceritanya begini, khabarnya manusia ni hipokrit, mulut manis, nampak macam bertanggung jawab tapi sebenarnya tunggu masa nak 'ngap'. Selalunya diaorang tabur janji manis kepada perempuan kemudian bila perempuan dah terpikat mereka gunakan untuk tujuan pemuas nafsu dan kadang-kadang untuk pow duit. Bila nak kahwin diaorang akan pilih perempuan elok-elok dan untuk perempuan yang first tu diaorang tipu kononnya itu pilihan keluarga atau cari jalan untuk clash. Maka diaorang pun kahwin dengan perempuan yang elok dan tinggalkan perempuan yang jadi mangsa ni gelap masa depan". "Ish cerita kau ni lagi seram la, bangsat punya jantan, tapi nape perempuan tu tak saman?," kata hantu-hantu lain.

"Aku ada cerita manusia lagi seram", kata hantu C pula. "Ceritanya begini, ada manusia sanggup gadaikan agama, bangsa dan negara sebangsa dia untuk tujuan peribadi. Tapi cerita ni dulu la , zaman kita sekolah rendah lagi, dekat seribu tahun juga la. Manusia ni, kalu tak silap nama dia Sang Kancil" "Ape da Sang Kancil...Sang Rajuna Tapa daa" "Oh ye, ko pun tahu?, dia gi buka pintu kota Singapura bagi tentera Majapahit masuk. Dia buat gitu sebab anak dia di fitnah sampai kena hukum sula". "Ish, ish, ish seram la cerita ko ni, tapikan dia nak menegakkan keadilan?", kata se (apa penjodoh bilangannya ni) hantu, "Takkan marahkan nyamuk kelambu dibakar, agak-agak la", kata hantu-hantu lain.

"Cerita ko buat aku takleh tido la siang ni, dah la malam esok kelas Kak Lang, start jam 7 pulak tu", kata hantu yang agak penakut. "Ah tido awallah aku siang ni", Jawab hantu-hantu lain.

Zahari tersenyum, matahari sudah menjenguk di ufuk timur. Zahari pun melangkah keluar dari Asrama usang itu menuju ke keretanya. Dia masuk ke kereta dan cuba menghidupkan enjin, "creeek ekekek vrom vrom". Hairan Zahari, hidup pula enjin keretanya, dia pun meneruskan perjalanannya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular This Week

Monthly Popular Posts

DISCLAIMER


THANK YOU FOR READING