“Though we know death is certain, we have not prepared ourselves for it. Though we know paradise is definite, we have not worked for it. Though we know the hell fire is sure, we have not feared it. So why are you delighted? What are you waiting for? Death is the first visitor from the Almighty bringing good or evil tidings… get closer to your Lord.”4 ~Hamid al-Qasyrasi (rahimahullah)

TELL US U'VE FOLLOWED:

Google+ Followers

Monday, April 25, 2011

ANTARA HARTA, DENGKI DAN KARATE

Aku jarang buka fb semenjak beruk band yang aku guna slow macam !@#$%& 3 minggu lepas. Asyik kena reload page sampai 2 dan 3 kali, terus takde mood dan off komputer.

Kelmarin dapat la aku buka fb dengan sekali klik. Tak lama lepas aku buka fb seorang kawan private message aku.

"Lama tak online fb, dah insaf ke?" tanya kawan aku. "macam mana nak online .....com beruk band aku slow gila" jawab aku. "Kau masih aktif karate lagi ke?" tanya kawan aku lagi. "Aku last dengan kau la, yang kena tumbuk kat hidung sampai berdarah time tournament uitm dulu. Sekarang karate nyamuk je hahaha" balas aku. "Aku nak karate orang ni, kau nak join tak?" cakap kawan aku lagi.

Lama juga aku chat dengan kawan aku ni. Jadi ni yang aku boleh ringkaskan, tambah ayat yang dia cakap. Kawan aku ni baru dapat tanah yang di beri oleh neneknya. Tak besar pun katanya tapi cukup la untuk buat sebuah rumah.

Yang menjadi masalahnya mak sedara dia dan anak-anaknya yang bodoh, bangang, tak educated, dengki, cemburu (ayat yang kawan aku guna) tak puas hati dan mula cari pasal dengan dia.

Kawan aku ni mula bengang bila mangkuk-mangkuk ni (ayat kawan aku guna) mula menengking dan tak hormat nenek dan bapa dia. Kawan aku cerita lagi yang semua dah dapat share masing-masing. Cuma tanah yang dia dapat tu je kosong sebab lokasi paling hujung. Jadi sekarang semua tengah ready nak gaduh dengan dia dan bapa dia, dan mungkin mangkuk-mangkuk tu akan guna bomoh (Syirik lagi) sebab diorang dah cakap time perang mulut sebelum ni kata kawan aku lagi.

Bila aku dengar apa yang kawan aku cerita, terus aku teringat yang kat surat khabar yang adik beradik curah asid la, tetak menetak la, bomoh la pasal berebut harta. Orang melayu ni memang suka dengki dan cemburu, apa yang dia dapat pun aku tak tahu.

Aku ingat satu je pesan Ustaz time sekolah dulu-dulu, jangan ambik harta orang terutama tanah orang. Nanti time dalam kubur, lubang kubur akan jadi sempit sampai menghimpit kita. Aku memang tak suka tempat yang sempit dan gelap, jadi aku akan ingat pesan tu. Tapi ada juga orang yang suka buat.

Aku pun bengang juga bila dengar kawan aku cerita terutama part menegking dan tak hormat orang tua, bagi aku memang patut kena karate pun.

Kawan aku mintak tolong dia karate orang, boleh je aku tolong sebenarnya. Masalahnya aku biasa karate nyamuk je dan dah lama tak karate orang. Kalau aku karate orang kang ada yang lenyek tak pun jadi seperti kat bawah ni nanti hahaha.


2 comments:

una berry said...

wah, dulu karate ke?
cool

hizzame said...

join suka-suka je, buat isi masa lapang hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular This Week

Monthly Popular Posts

DISCLAIMER


DEDICATED TO FREEDOM OF EXPRESSION, NO ONE IS OBLIGATED TO READ, TO COMMENT, HELL TO BELIEVE