Posts

Showing posts from March, 2011

Masa itu Emas??!!

Image
Kalau kat Jepun, lewat seminit dah dianggap lambat. Kat Britain lewat 10 minit baru dianggap lambat tapi kat Malaysia ni macam tak ada had masa untuk lambat je. Lewat lebih sejam pun selamba je. Alasan paling biasa, jalan jem atau public transport lambat sampai. Lebih suka orang yang cepat inform dia akan lambat daripada dah sampai baru dok sibuk-sibuk nak cakap kenapa lambat.

Melayu yang tidak ingat Akhirat

Image
Petang tadi aku tengok ada miss call dari seorang kawan kat telefon aku. Aku telefon balik, perkataan yang pertama aku dengar bukan "Assalamualaikum", "Salam" atau "Helo" tapi "Jahanam punya Melayu". "Wei ko kata aku jahanam, hampeh ko" balas aku balik. "Bukan ko la tp orang lain" kata kawan aku tu. "Apa cite ni, marah semacam je?" tanya aku lagi. "Aku bengang dengan sorang mangkuk ni" jawab kawan aku. "Cerita la wei, aku pun nak tahu jugak" kata aku lagi. "Begini, minggu lepas ada sorang kontraktor mintak tolong aku siapkan projek dia. Dia cakap dia akan bayar semua kos untuk gaji dan lain-lain semua. Aku dah siapkan semua dah" kata kawan aku lagi. "Dia tak bayar ke?" tanya aku lagi. "Bayar tapi bayar tak cukup" jawab kawan aku. "Tak cukup macam mana?" tanya aku lagi. "Ada ke dia bayar RM 800 je, aku mintak RM 1500. Aku bayar gaji pekerja dah RM 400, ...

DAJJAL SUDAH DATANG?

Libya adalah negara Islam ke tiga yang di serang Amerika dan konco-konconya selepas Afghanistan dan Iraq. Apakah motif mereka menguasai negara-negara minyak atau sebagai landasan untuk menyerang negara Islam pengeluar minyak? Umum mengetahui, Iraq dan Afghanistan bersempadan dengan Iran. Sememangnya kebergantungan negara barat terhadap bahan api yang dikeluarkan negara-negara arab dan Islam sudah lama menjadi topik hangat dan kebimbangan antara mereka. Bejuta-juta dolar telah dilaburkan dalam mencari alternatif lain daripada minyak, wujudlah green technology, hybrid, bio diesel dan sebagainya, namun setakat ini hanya menunjukkan tanda-tanda awal sahaja dan belum boleh digunakan sepenuhnya. Justeru negara-negara barat dalam usaha menakluki dunia dan ketakutan kepada China dan Korea utara berusaha secara halus dan kasar, zahir dan batin menakluki sumber-sumber asli kerana takut ia jatuh ke tangan musuh-musuh mereka. Dajjal sudah datang.

KILLING DEMON

Image
I spent most of my time today watching animax on astro. Animax is an exclusive channel dedicated to anime, cartoons originated from japan. One thing that all anime have in common despite whoever draw it are their eyes are wide. So I watched animax from dawn to dusk today. Finally I noticed one more thing they share, every anime wants to kill demon . Since I just watched anime today i couldn't recall any, but one thing that i couldn't shake off my mind is that they all (most of them) teenagers with special power that want to kill demon. Oh yes, Inuyasha, bleach, tower of .. to name a few. So after ultraman killed dinosaurs and many more killed demons, this world would.. should be a better place.

OPEC AND TSUNAMI

Image
Salam berries, After the attack. I decided to subscribe astro. So i took learning, fun, and variety plus the basic excluding the sport channel. Pretty weird for a guy not to subscribe to the sport channel. But i figured out that this is where astro makes most of its money, through the sport channel, and i don't want to fall for it. After all for every major football event me and my friend would group up together and watch it at any mamak stall somewhere thus nobody watch it at home. So here i had contributed to green energy and saved before the great depression or maybe the flood. Hey i'm not trying to cause panic, look around, the OPEC countries are in debacle, the oil price is hiking. Back in the 80's not many can afford cars thus car resemble prestige, one day not many want a car because of its unaffordable gas. Then their was the earth quake in japan that cause tsunami. The world is at its end. Be prepared.

Lelaki makin malas nak belajar

Image
Maaf lah jika ada yang perasan setiap apa yang aku post, intro nya nampak teruk. Intro teruk pun tak kisah kan, bukannya untuk masuk pertandingan essei terbaik hahaha. Alang-alang intro dah teruk, aku start dengan petang tadi aku pergi ke rumah pakcik aku. Dekat je, dalm 1 KM lebih. Tengah tunggu pakcik aku pulang, aku terpandang sekumpulan budak lelaki sedang bermain bola sepak. Di sebelah tepi padang aku melihat ada 4 orang budak perempuan sedang duduk di meja batu sambil membaca buku. Buku apa yang di baca aku tidak pasti tapi yang penting mereka sedang membaca buku hahaha. Aku terfikir, patut lah ramai betul perempuan kat mana-mana universiti, dok baca buku saja kerjanya. Yang budak-budak lelaki lebih suka telan pil kuda, modified motor, race motor, gaduh dengan guru, jadi samseng dan bayak lagi, buat sakit jari je aku taip banyak-banyak. Aku rasa lepas ni kalau kerajaan buat koata untuk lelaki masuk universiti pun tak guna aku rasa. Sebab mereka sendiri yang tak nak. Kena ada cara...

Bomoh orang = Kau bodoh

Image
Pagi tadi aku breakfast dengan pekerja-pekerja abah aku. Banyak yang dibualkan tapi satu je topik yang melekat kat fikiran aku, sakit mental atau gila. Pada mulanya aku hanya bertanya kenapa Joey (bukan nama sebenar)salah seorang pekerja abah aku berlakuan pelik. "Dia tu gila " jawab Don (bukan nama sebenar), "Tapi dia bukan gila semula jadi tapi gila sebab kena buatan orang" tambah Don lagi. Dari apa yang Don ceritakan pasal Joey ni aku boleh ringkaskan, Joey ni tinggal dengan adik lelaki dia dan emaknya. Bapanya dah lama meninggal dunia. Adik lelaki dia tu juga gila sama seperti Joey. Dua beradik ni jadi gila sebab ada orang yang tidak berpuas hati, pasal perempuan. Adik Joey mengurat tunang orang dan dia tak tau perempuan tu dah tunang. Jadi tunang perempuan tu tak puas hati terus di bomohnya kedua-dua beradik tu. Bila difikirkan balik, jahat gila orang yang bomoh dua beradik tu jadi gila. Menzalimi dan menganayai orang . Setakat pukul sudah lah, ni di bomohn...

Just Sharing

Image
Gambar di atas di email oleh kawan lama , mana entah dia dapat. Nampak macam lawak tapi memang betul pun. Kalau mengikut gambar di atas, aku kombinasi no.1 dan no.2, Rajin Bercakap, Rajin Bekerja+Rajin Bekerja, Malas Bercakap = Bagus Sekali + Asyik Kena Buli. Kepada bloggers yang lain, kamu semua rasa berada di nombor berapa, jangan nombor 7 sudah lah hahaha.

Artis Favorite Aku Vocaloid??!!

Image
Ramai yang tidak mengetahui apakah itu vocaloid . Vocaloid ialah software "singing synthesizer" atau bahasa mudahnya software untuk mencipta lagu. Software tersebut dibangunkan hasil usaha sama diantara Universiti Pompeu Fabra dari Sepanyol dan Yamaha Corporation dari Jepun. Konsepnya sama seperti software untuk mencipta ringtone yang terdapat di dalam telefon Sony Ericson atau Nokia tetapi kelebihannya dapat meletakan lirik dan software tersebut akan menyanyikannya membuatkan ia unik. Vocaloid ini sangat bagus untuk seseorang pencipta lagu memperkenalkan lagu ciptaannya tanpa perlu mencari atau membayar artis untuk menyanyikannya. Vocaloid yang sedang top di Jepun pada masa ini ialah Hatsune Miku. Walaupun vocaloid, Hatsune Miku mempunyai ramai peminat dan sudah banyak kali mengadakan konsert di seluruh Jepun. Mungkin suatu hari nanti vocaloid bakal menggantikan penyanyi- penyanyi yang tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian tetapi hanya bersandarkan kepada paras rupa...

Fine Is Not Fine

Image
Sesiapa yang ada lesen memandu mesti dah biasa dengar perkataan "Fine" atau dalam bahasa Melayu "Denda" atau "Saman". Mesti dah ramai yang merasa kena saman, kalau tak pernah rasa boleh lah untuk cuba-cuba merasa pengalaman kena saman hehehe. Semenjak dapat lesen memandu lebih dari 5 tahun, setakat ni sudah dua kali aku kena saman, satu dari JPJ, pada tahun 2009 dan satu lagi dari Polis Trafik pada bulan disember tahun lepas. Saman JPJ tu aku kena kat area stesen bas Larkin, Johor Bharu. Masa tu hantar kawan naik bas balik ke Terengganu. Sebab masa tu dah malam dan tu first time aku sampai Larkin, aku terus park je kereta kat tepi jalan, dekat dengan bus stop. Dah hantar kawan, aku balik terus ke kereta, tengok-tengok dah ada terselit kat bawah wiper. Aku pergi tak sampai pun 15 minit. Cepat betul anggota JPJ ni buat kerja. Esoknya terpaksa minta cuti dan memandu hampir 120KM ke Johor Bharu untuk bayar saman. Jauh tapi dah biasa. Masa nak bayar berjaya...

Harga ayam vs harga ikan

Image
Pagi jumaat lepas, aku ikut mak aku ke pasar. Nak beli ayam dan ikan kata mak aku. Bukan aku nak ikut tapi sebab aku seorang je kat rumah time tu, jadi kena la pergi hehehe. Sampai kat pasar mak aku terus pergi kat orang jual daging ayam. "Sekilo RM 5.00" ditulis dan diletakan kat tepi penimbang. Bagi aku murah jugak la harga tu. Mak aku beli dua ekor. Memang dah perangai mak aku kalau beli ayam mesti dia beli banyak lepas tu simpan dalam peti sejuk. Dah beli ayam, mak aku pergi pula kat tempat jual ikan. "Berapa sekilo ni?" tanya mak aku kat salah seorang penjual ikan. "Ikan Aya ni RM 10.00 sekilo" kata penjual ikan tu. Mahalnya kata aku dalam hati. Ikan Aya ni hanya di guna di negeri Kelantan dan Terengganu saja. Kat tempat lain orang panggil Ikan Tongkol. Mak aku tak jadi beli, dia terus bertanya kat beberapa peniaga ikan lagi sampai la dapat dengan harga RM 8.00 sekilo. Aku tengok bukan ikan tu je yang mahal, semua ikan kat situ semua mahal. Baru aku t...

2 perkataan yang makin jarang di dengar

Image
Baru-baru ni aku telah pergi ke sebuah agensi yang berkaitan dengan duit. Dah lama tunggu jadi sampai la turn aku. Staf agensi tu terus bagi statement dan ckp " Kami akan potong sebanyak ini dari akaun encik". Aku tengok statement tu macam tak percaya, banyak gila kena potong, lepas untuk 3 bulan monthly kereta aku. "Boleh tolong check lagi tak, ada yang tak kena ni" aku cakap kat satf tu. "Dah betul dah ni, memang sebanyak ni yang kena potong, lagi pun saya tengah sibuk ni" kata staf tu. Aku memang dah buat kira-kira sebelum datang kat agensi tu, jadi aku tahu la jumlah sebenar dia. " Betul, ada yang silap pasal statement ni, kalau tak percaya cuba kira balik". " Saya sibuk la, encik datang lain kali boleh" kata staf tu. Aku yang sememangnya tengah "panas" secara spontan cakap " Aku datang ni pun ambik cuti setengah hari, kau nak aku mintak cuti lagi ke. Mana bos kau, aku nak jumpa dengan dia" dengan suara yang ag...

Yes Akhirnya

Sekejap je dah 6 bulan rupanya saya tak post apa-apa kat blog ni rupanya huhuhu. Sebab utama kerana malas+sibuk gila. Tapi takpe sekarang sudah tidak sibuk macam dulu. Tension asyik kena buli jadi saya ambil keputusan untuk jadi freelance. Sebab lama tak post kat blog, banyak betul kat dalam kepala yang hendak di share di blog ni, tapi takpe banyak masa lagi hohoho. Pasal freelance tadi. Saya buat video editing. Jadi sesiapa yang ada video kahwin, video keluarga atau apa-apa video dan hendak di edit, saya boleh membuatnya. pasal harga saya letak harga entry level, RM 100 (paling rendah) dan keatas ( banyak effect jadi makin mahal la). Kalau nak tengok contoh yang saya dah buat time keja dulu, tak banyak la yang saya boleh letak sebab banyak related dengan projek Petronas dan Shell, silap-silap boleh kena saman kalau takde kebenaran mereka. Sesiapa yang berminat atau nak maklumat lanjut boleh la hubungi saya. Video contoh nanti saya post. kepada gentleman frog; Wei macam mana aku nak...