Harga ayam vs harga ikan
Pagi jumaat lepas, aku ikut mak aku ke pasar. Nak beli ayam dan ikan kata mak aku. Bukan aku nak ikut tapi sebab aku seorang je kat rumah time tu, jadi kena la pergi hehehe. Sampai kat pasar mak aku terus pergi kat orang jual daging ayam. "Sekilo RM 5.00" ditulis dan diletakan kat tepi penimbang.
Bagi aku murah jugak la harga tu. Mak aku beli dua ekor. Memang dah perangai mak aku kalau beli ayam mesti dia beli banyak lepas tu simpan dalam peti sejuk. Dah beli ayam, mak aku pergi pula kat tempat jual ikan. "Berapa sekilo ni?" tanya mak aku kat salah seorang penjual ikan. "Ikan Aya ni RM 10.00 sekilo" kata penjual ikan tu.
Mahalnya kata aku dalam hati. Ikan Aya ni hanya di guna di negeri Kelantan dan Terengganu saja. Kat tempat lain orang panggil Ikan Tongkol. Mak aku tak jadi beli, dia terus bertanya kat beberapa peniaga ikan lagi sampai la dapat dengan harga RM 8.00 sekilo.
Aku tengok bukan ikan tu je yang mahal, semua ikan kat situ semua mahal. Baru aku tahu, sekarang harga ikan lebih mahal dari harga ikan. Kalau dulu makan ayam sinonim dengan orang berada dan makan ikan sinonim dengan orang kurang berada, sekarang tidak lagi. Ayam dan ikan dah jadi makanan orang berada sebab mahal.
Bila di tanya penjual ikan sebab apa mahal, di jawabnya Tok Peraih dah letak harga mahal, jadi kena la jual mahal sebab nak untung. Bila peniaga ikan tanya Tok Peraih kenapa ikan mahal, di jawabnya bekalan ikan kurang.
Boleh percaya ke bekalan ikan kurang. Kalau kurang kenapa ada kes nelayan dari Thailand dan dari Vietnam masuk perairan negara kita untuk menangkap ikan. Jangan lepas ni ada yang suruh bela ayam kat laman rumah atau bela ikan sendiri dalam tangki sudah lah hehehe.
salam
ReplyDeleteminyak mahal la...huhu
Mungkin juga tapi yang bestnya nelayan kat Malaysia dapat subsidi diesel dari kerajaaan, tapi harga masih juga mahal hahaha..
ReplyDelete