Melayu yang tidak ingat Akhirat
Petang tadi aku tengok ada miss call dari seorang kawan kat telefon aku. Aku telefon balik, perkataan yang pertama aku dengar bukan "Assalamualaikum", "Salam" atau "Helo" tapi "Jahanam punya Melayu".
"Wei ko kata aku jahanam, hampeh ko" balas aku balik. "Bukan ko la tp orang lain" kata kawan aku tu. "Apa cite ni, marah semacam je?" tanya aku lagi. "Aku bengang dengan sorang mangkuk ni" jawab kawan aku.
"Cerita la wei, aku pun nak tahu jugak" kata aku lagi. "Begini, minggu lepas ada sorang kontraktor mintak tolong aku siapkan projek dia. Dia cakap dia akan bayar semua kos untuk gaji dan lain-lain semua. Aku dah siapkan semua dah" kata kawan aku lagi. "Dia tak bayar ke?" tanya aku lagi. "Bayar tapi bayar tak cukup" jawab kawan aku.
"Tak cukup macam mana?" tanya aku lagi. "Ada ke dia bayar RM 800 je, aku mintak RM 1500. Aku bayar gaji pekerja dah RM 400, bayar pasir RM500, habis upah aku kat mana pulak. Tu tak campur bnda-benda lain lagi. Aku pulak yang kena tanggung kos-kos lain tu" kata kawan aku lagi. "Ko tak pergi jumpa dan cakap balik ke?" tanya aku. 'Dah, dia kata kos projek tu hanya RM 800, lain-lain sendiri tanggung. Time mintak tolong takde pulak cakap camtu, penipu punya orang" sambung kawan aku tu lagi. Aku end kat sini je la sebab panjang sangat kalau nak taip semua, aku cakap sampai bateri telefon aku kong.
Bagi aku ni yang di panggil MELAYU BUNUH MELAYU. Bisnes baik-baik tak boleh ke, ni sampai menyusahkan orang lain. Suka sangat ke makan duit haram, kira haram la sebab duit tu patut bagi kat orang tapi sendiri pakai.
Patut la melayu teruk bila dalam bisnes, sebabnya suka aniaya orang dan tak cerdik. Pemikiran tak cerdik dah satu hal, tambah lagi tak cerdik kat education, dah jadi bonus kat situ. Kalau attitude macam ni jangan harap la orang melayu nak maju dalam bisnes, kalau bangkrap memang betul-betul bangkrap.
Nak buat macam mana asyik makan sumpah orang yang kena aniaya. Bayangkan kalau 30 orang yang kena aniaya dok cakap celaka je, memang betul-betu jadi celaka. Harus di ingat orang yang kena aniaya doa nya dimakbulkan.
Aku teringat satu cerita. kira cerita dahulu kala dari China, kalau siapa tahu versi asal tolong betulkan aku.
Ceritanya, dahulu kala ada seorang lelaki namanya Wong Fei (aku letak je sebab dah lupa). Sebelum dia di hantar ke dunia (dilahirkan), dia telah mendengar perbualan dewa-dewa mengenainya. "Sungguh bertuah anak ini. Dia akan hidup kaya raya dari dia dilahirkan sampai dia meninggal" kata dewa-dewa tersebut.
Memang betul, dia telah dilahirkan dalam keluarga orang bisnes yang kaya raya. Dari dia kecil sampai dia dewasa dia sentiasa hidup dalam kemewahan. Di sebabkan dia dah hidup mewah dan masih mengingati perbualan dewa-dewa mengenainya, Wong Fei menjadi seorang yang pemalas terutamanya dalam pembelajaran.
Ayahnya ingin mengajar hal-hal bisnes pun dia malas. Ayahnya ingin mengajar Wong Fei agar dia dapat menggantikannya pada suatu hari nanti. Apabila ayah Wong Fei meninggal, tiada sesiapa yang mengambil alih tempatnya.
Wong Fei tidak dapat menggantikan tempat bapanya sebab tidak belajar urusan bisnes. Wong Fei pada masa itu masih percaya yang dia akan hidup dan mati dalam kekayaan. Lama kelamaan bisnes keluarga Wong Fei bangkrap. Semua hartanya telah di lelong.
Wong Fei sendiri telah di halau dari rumahnya. Tetapi Wong Fei masih percaya yang dia akan hidup dalam kemewahan sampai mati. Dalam kelaparan dan keletihan Wong Fei telah berteduh di sebuah pondok buruk.
Dalam keadaannya yang semakin lemah dia masih lagi berpegang yang dia akan mati dalam kemewahan. Tidak lama selepas itu, Wong Fei meninggal di dalam pondok buruk tersebut. Tiba-tiba dinding dekat dengat manyat Wong Fei terkopak disebabkan reput. Dari lubang tersebut keluarlah harta yang banyak hingga menimbus manyatWong Fei. Memang betul kata-kata dewa, Wong Fei akan diselubungi kemewahan dari dia dilahirkan sampai dia mati.
Moral cerita dari perspektif aku, kaya sebanyak mana pun kalau malas nak belajar+suka aniaya orang+zalim kat orang+suka tipu atau kelentong orang, jangan harap la nak hidup senang dunia dan akhirat.
itu la bahananya bila tak sedar diri.
ReplyDeletesuka-suki je aniaya orang. betul tu, hilang berkat buat tahu kat org.
bila jatuh terduduk, baru tahu.
simpati dgn kwn awak tu. harap dia berhati-hati lepas ni.
kesian kawan tu. betul2 ikhlas tolong tak dihargai pula. agaknya kalau ramai dok menyumpah orang tu, memang xlama la, lepas ni boleh jatuh terduduk agaknya sebab doa orang teraniaya kan makbul.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekalau dah nama melayu,melayu juga..
Mentality orang melayu dalam bisnes, tu sebab tak ramai yang boleh pergi jauh. Nak keta besar, rumah besar, bini ramai tapi zalim dan aniaya orang untuk achieve benda tu. Memang dapat tapi kejap je lingkup.
ReplyDelete