Fine Is Not Fine
Sesiapa yang ada lesen memandu mesti dah biasa dengar perkataan "Fine" atau dalam bahasa Melayu "Denda" atau "Saman". Mesti dah ramai yang merasa kena saman, kalau tak pernah rasa boleh lah untuk cuba-cuba merasa pengalaman kena saman hehehe.
Semenjak dapat lesen memandu lebih dari 5 tahun, setakat ni sudah dua kali aku kena saman, satu dari JPJ, pada tahun 2009 dan satu lagi dari Polis Trafik pada bulan disember tahun lepas. Saman JPJ tu aku kena kat area stesen bas Larkin, Johor Bharu.
Masa tu hantar kawan naik bas balik ke Terengganu. Sebab masa tu dah malam dan tu first time aku sampai Larkin, aku terus park je kereta kat tepi jalan, dekat dengan bus stop. Dah hantar kawan, aku balik terus ke kereta, tengok-tengok dah ada terselit kat bawah wiper. Aku pergi tak sampai pun 15 minit. Cepat betul anggota JPJ ni buat kerja.
Esoknya terpaksa minta cuti dan memandu hampir 120KM ke Johor Bharu untuk bayar saman. Jauh tapi dah biasa. Masa nak bayar berjaya mintak kurang Dari RM70 jadi RM45, kira ok la.
Yang kedua kena saman sebab tak pasang lampu oleh polis trafik kat KB. Time tu dekat lampu isyarat, tiba-tiba kereta peronda polis berhenti dekat sebelah. Masa lampu hijau kereta peronda tu arah berhenti di tepi jalan.
Dah berhenti seorang polis datang mintak lesen dan I/C. "Saya ada buat salah ke Tok" tanya aku. "Awak pandu kereta waktu malam tak pasang lampu besar" kata anggota polis tu. "Saya pasang la Tok" kata aku lagi. "Awak cuba keluar tengok" kata anggota polis seorang lagi yang berpangkat sarjan.
Aku keluar tengok kat depan kereta dan memang betul, hanya foglamp yang menyala. Rupa-rupanya aku tak pusing habis suis lampu. "Tak perasan la Tok, dalam bandar, dah terang, saya bukan sengaja, maaf la Tok lain kali tak buat lagi" kata aku lagi. "Saya mesti saman tapi takpe sekarang kalau bayar trafik dapat diskaun, awak bayar cepat-cepat" kata anggota polis tu. "Hampeh je jawapan" kata aku dalam hati.
Esoknya aku pergi ibu pejabat polis trafik kat PC. Sampai-sampai nombor dah habis. Hari ke 2 aku pergi nombor dah dapat tapi server down, sampai ke petang pula tu. hari ke 3 dapat nombor giliran nombor 57.
Aku ingat dah ok sebab dapat nombor giliran tak besar rupa-rupanya lembab gila seorang-seorang nak bayar. Pukul 9.30 pagi baru nombor 19. Sebab dah bosan aku mula menegur orang kat sekeliling. Ada yang nak bayar saman isteri, ada yang nak bayar saman anak, pendek kata macam-macam ada.
Ada seorang pakcik, dia datang untuk batalkan saman ekor yang dia dapat. Dia kata dia kena saman ekor dekat Pasir putih tapi yang pelik katanya nombor motosikal yang tertulis dalam saman tu. Dia kata motosikal dia tu dia guna untuk pergi Masjid dan tak pernah guna untuk pergi jauh. Kalau kereta boleh juga dia percaya kata pakcik tu. Mmm pelik juga kan.
Bila pakcik tu pergi, datang seorang makcik duduk sebelah aku. "Bayar saman juga ke makcik?" tanya aku. "A'ah, bayar saman anak lelaki makcik" kata makcik tu. "Dia buat salah apa?" tanya aku lagi. "Langgar lampu merah yang teruknya anak makcik dah masuk list untuk waran tangkap" kata makcik tu. Aku terkejut dan bertanya lagi "Kena saman sebab langgar lampu merah kena waran tangkap ke makcik?, teruk benar tu". "Dia nak kena waran tangkap sebab setahun lebih tak bayar saman. Dia kena saman lepas tu dia buat senyap je dan simpan saman tu dalam dompet dia. Baru kelmarin dia cakap kat makcik yang dia pernah kena saman. Makcik datang semalam tahu-tahu dia dah masuk list waran tangkap dan kena bayar RM400 untuk saman tu" jawab makcik tu. 'RM400 banyak tu, tak mintak diskaun ke?" tanya aku. "Sesiapa yang sudah dalam list waran tangkap tak dapat diskaun" kata makcik tu. "Anak makcik tu dah kerja ke masih belajar?" tanya aku lagi. "Masih belajar kat UM" jawab makcik tu. "Rotan saja makcik, bagi pengajaran supaya tidak buat lagi" aku pula yang rasa sakit hati, menyusahkan ibu bapa betul. "Nak pukul kesian. Nombor giliran makcik dah dekat, anak ni nombor berapa?", tanya makcik tu. "Lambat lagi makcik, nombor 57" jawab aku. "Tak pe la anak ikut makcik time nak bayar sekejap lagi" kata makcik tu. "Boleh ke makcik, makcik nombor berapa?" tanya aku. "Makcik nombor 25, sekarang sudah nombor 23" jawab makcik tu.
Pada pukul 10.30 pagi, aku berjaya menyelesaikan saman aku yang berjumlah RM50 selepas ditolak diskaun 50%. Nasib baik ada makcik tu, kalau tidak confirm petang pun tak selesai lagi.
Cerita pasal saman ni ada ura-ura yang kerajaan akan mula memasang kamera dekat semua lampu isyarat. Yang tidak sedap didengar kerajaan akan sub-kan kepada syarikat swasta untuk menguruskan kamera tersebut. Bahasa mudahnya pihak yang akan mengeluarkan saman bukan JPJ atau polis trafik tapi syarikat swasta tersebut.
Kalau macam itu jumlah pesalah tidak akan berkurang tapi akan bertambah sebabnya kesalahan trafik sudah termasuk dalam entiti bisness. Sebagai contoh kalau company aku yang buat sistem ni, mesti aku ingin lebih ramai orang melakukan kesalahan trafik sebab itu subah menjadi sumber pendapatan company aku. Kalau kurang, jawabnya kurang la sumber pendapatan.
Satu lagi, bayaran saman mesti akan jadi macam bayaran tol akan naik, naik dan naik kalau sistem ni guna pakai. Harap-harap ini ura-ura sahaja. Bagi aku "Fine" untuk mendidik orang dan bukan untuk buat bisness. Tidak "Fine" pun kalau kena "Fine".
dulu pun penah sorok saman langgar lampu merah sebab takut kena marah.
ReplyDeletetp rasa xbest bitau gak la.nak byr sendiri xde duit lg.hehe
tp pernah kena saman parking 2 kali lain2 tempat kena byr sendiri.tp 2-2 kali dpt diskaun lah.
huu, kena fine mmg xfine.terbang duit.so elakkanlah drpd di saman.