Bomoh orang = Kau bodoh


Pagi tadi aku breakfast dengan pekerja-pekerja abah aku. Banyak yang dibualkan tapi satu je topik yang melekat kat fikiran aku, sakit mental atau gila. Pada mulanya aku hanya bertanya kenapa Joey (bukan nama sebenar)salah seorang pekerja abah aku berlakuan pelik. "Dia tu gila " jawab Don (bukan nama sebenar), "Tapi dia bukan gila semula jadi tapi gila sebab kena buatan orang" tambah Don lagi.

Dari apa yang Don ceritakan pasal Joey ni aku boleh ringkaskan, Joey ni tinggal dengan adik lelaki dia dan emaknya. Bapanya dah lama meninggal dunia. Adik lelaki dia tu juga gila sama seperti Joey. Dua beradik ni jadi gila sebab ada orang yang tidak berpuas hati, pasal perempuan. Adik Joey mengurat tunang orang dan dia tak tau perempuan tu dah tunang. Jadi tunang perempuan tu tak puas hati terus di bomohnya kedua-dua beradik tu.

Bila difikirkan balik, jahat gila orang yang bomoh dua beradik tu jadi gila. Menzalimi dan menganayai orang . Setakat pukul sudah lah, ni di bomohnya orang sampai gila. Best sangat ke bomoh-bomoh orang ni, dapat dosa zalim orang dah satu hal, dapat pula dosa syirik dah 2 hal kat situ. Yang perempuan tu pun satu hal, dah jadi tunang orang, buat la cara dah tunang.

Pesan aku kepada mereka yang di luar sana, tak payah la bomoh-bomoh ni, buat dosa free je, bukan ada faedah pun.

Comments

  1. Entahlah.. orang kita skarang ni teknologi je makin moden tapi pemikiran makin mandom. Percaya giler kat bomoh2. Takpuas hati je santau je santau sini. Dengki tengok orang lain berjaya sikit je terus pergi bomohkan nak jatuhkan orang.

    Peritnya Allah saja tau. I've experience this. T__T

    ReplyDelete
  2. Bomoh untuk berubat, ikhtiar untuk sihat. Bomoh untuk sakitkan orang pun ikhtiar juga tapi untuk hancurkan diri sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan