Penyakit semuanya datang dari perut.
Petang kelmarin, aku telah menemui sahabat lama ku semasa study dulu di KB Mall. Dia baru balik daripada menemui isterinya yang mengajar di Manek Urai, Kuala Krai. Isterinya seorang guru manakala dia bekerja sebagai pengurus di pasar besar Giant di bandar Kuala Terengganu.
"Alang-alang datang KB baik aku jumpa kau terus" kawan aku itu. Tiba-tiba kawan aku itu mengacukan soalan "Killer" kepada aku, "Mung bila nak kawin. Aku anak dua dah, sorang tu dah nak masuk tadika dah. Jangan sampai anak aku nak ambik UPSR baru mung nak kawin" katanya ambil ketawa.
"Aku takpe, sedang mencari" jawab ku sambil ketawa. Aku memang tension dengan soalan "Killer" ni, jadi buat bodoh saja la. Hari raya minggu depan lagi la, mesti dihujani lagi dengan soalan itu.
Sedang rancak berborak dengan kawan ku itu, sambil memandang akan orang yang lalu lalang tidak kira anak dara atau emak dan bapa kepada anak dara, tiba-tiba kawan aku itu berkata "Aku dah jadi orang OKU sekarang". Aku terkejut dan bertanya "Hah biar betul! Aku namapk OK je ni". "Aku ada dua penyakit" jawab kawan aku itu. 'Penyakit apa pulak?" tanya ku. "Ghout dan sakit jantung" balas kawan ku . "Biar betul, kau muda lagi apa, baru 31 tahun" kata ku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakannya. " Betul, baru minggu lepas aku kena" jawab kawan ku itu.
Kawan ku itu mula menceritakan bagaimana dia mendapat dua penyakit itu. Kawan ku itu seraing memakan makanan seafood seperti udang dan sotong. Dalam seminggu dalam tiga hingga empat kali dia akan memakan makanan seafood. Dia juga amat menggemari daging kambing. Selang dua hari dia akan memakan daging kambing, majoritinya masakan berbentuk Lamp Chop. "Sedap-sedap makan time berbuka, tiba-tiba aku rasa macam nak pitam" katanya. "Aku terpaksa di papah balik ke rumah".
"Pagi esok nya aku tak dapat bangun. Sekali lagi aku di papah untuk ke Hospital" sambungnya lagi. Di hospital doktor telah mengesahkan yang dia mendapat penyakit jantung di mana saluran arterinya telah tersekat dengan kolesterol dan dia telah diberikan ubat yang dapat memecahkan kolesterol itu.
Doktor juga mengesahkan dia mendapat penyakit ghout. Kawan ku itu bernasib baik kerana penyakit ghout itu baru peringakat awal dan asid di dalam darahnya belum bertukar menjadi kristal, yang sememangnya akan medatangkan kesakitan yang amat sangat jika ini berlaku. Semenjak dari itu dia terpaksa berpantang dalam bab makanan katanya.
Dia tidak boleh makan makanan seafood, ikan yang bersengat, sayur dari jenis pokok yang menjalar, tidak boleh minum air batu dan banyak lagi. Betul la apa yang di ajar dalam Islam. Punca penyakit semuanya datang dari perut. Main isi saja apa-apa dalam perut tu yang mudah mendapat penyakit.
Dan satu lagi bila sudah mula mengambil ubat satu lagi penyakit akan muncul, sakit atau rosak buah pinggang. Fungsi buah pinggang ialah untuk menapis bendalir dalam badan. Pengambilan ubat yang berterusan akan merosakkan buah pinggang. Jadi doktor telah berpesan kepada kawan ku itu, hanya makan ubat bila betul-betul perlu sahaja, untuk mengelakkan mendapat satu lagi penyakit.
Petang itu aku dan kawan ku itu berbuka di KB mall bersama dua orang lagi sahabatnya. Selepas berbuka kami sambung berborak. "Aku kerja dengan Giant sampai bulan ni je, aku dah tender untuk berhenti" kata kawan ku. "Kau nak kerja apa pula lepas ni" aku bertanya. 'Aku bisness sendiri la. Bini aku pun dah start tolong aku" balas kawan aku itu. "Aku lepas raya ni akan buka kedai kat Jerantut. Bisness sendiri dah loni, banyak masa sikit dengan anak-anak" kata kawan ku lagi.
Kami berborak panjang sampai pukul 11.30 malam dan dia pulang ke rumah salah seorang kawannya itu. Semasa memandu pulang aku terfikir apa yang dicakapkan oleh kawan aku itu. Umur aku dah meningkat, penyakit pun dah senag dapat, jadi baik aku mula berhati-hati pasal makanan ini. Taknak lah aku jadi macam kawan aku itu, muda-muda dah ada penyakit macam-macam. Aku pun perlu berfikir untuk bekerja sendiri. Aku dah mula bosan kerja dengan orang dan makan gaji ni. Tapi bisness apa ya mmm.
Salam,
ReplyDeleteBisness design business card.