Broadband ke atau Beruk Band.
Minggu lepas merupakan minggu paling sial semenjak menggunakan internet broadband. Selama 4 hari connection internet hanya di tahap GPRS dan paling sial GSM.
Kalau 10 tahun dulu boleh la diterima, kalau sekarang speed macam tu boleh digambarkan macam orang zaman purba yang bercawat berjalan di Kuala Lumpur. Speed macam tu bukan setakat tak boleh ber blogging dan ber face booking, nak baca online news paper pun tak boleh.
Memang betul lah, kat Malaysia ni teknologi ketinggalan 10 ke 15 tahun kebelakang berbanding negara lain especially Singapura dan Thailand. Kat negara lain internet sudah menjadi percuma. Internet servis provider (ISP) mereka bagi percuma agar lebih ramai yang dapat access internet dan ISP ni buat untung melalui jual ruangan iklan je.
Bukan berharap dapat internet percuma tapi biarlah berbaloi dengan harga yang di bayar. Ni tidak, bayar harga broadband tapi dapat speed GPRS dan GSM, tak ke beruk band ke tu. Mungkin ada yang tak tahu speed broadband tu berapa. Speed broadband biasa 384 kbps dan keatas. Kalau ramai yang buat aduan pun ISP-ISP kat Malaysia buat bodoh je, report ada tapi action takde. Yela diaorang tahu kita akan pakai jugak sebab tu je yang ada.
Ni la masalahnya bila amal monopoli, tidak berkembang langsung, dok takat tu je. Company lain nak ofer servis baik pun tak boleh. Malaysia oh Malaysia, bilakah negara ku ini akan maju mengikuti negara-negara lain.
Comments
Post a Comment
Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq