Kami nak tahu, ke mana menghilangnya duit itu.
Tengah duduk kat rumah hari, tiba-tiba datang seorang perempuan bersama seorang anaknya, berumur lebih kurang dua tahun. "Saya nak minta derma" kata perempuan itu. Aku yang sememangnya alergic dengan perkataan derma-derma ni.
Aku lebih suka menderma terus ke Masjid, sebab aku tahu duit tu pergi ke mana. Biasanya untuk membayar bill air dan elektrik. Satu lagi, aku pernah kena tipu part derma-derma ni. Ada sekali tengah makan kat restoran, datang si buta minta derma dari aku dan aku hulur la sikit, kesian. Masa pergi ke kereta nak balik terpandang la seorang duduk syok bercakap dengan hand phone.
Tiba-tiba aku rasa macam pernah jumpa je orang tu. Ingat-ingat balik rupanya si buta tadi, tapi kali ini dia sudah tidak buta , dia sudah sembuh, ajaib betul. Aku pun lalu di sebelahnya dan berkata " Hi abang, banyak ke dapat collection hari ni?". Dia terkejut dan terus melarikan diri. Disebabkan hal itu lah aku memang payah nak bagi bila ada orang datang kutip derma.
Berbalik kepada perempuan tadi, aku pun tanya la "Nak buat apa dengan derma ni?". Perempuan itu menjawab "Anak dia sakit. Sakit jantung". " Apa bukti anak awak ni sakit. Mana tahu awak nak tipu saya saja ke" jawab aku. " Betul anak saya sakit. Saya takde duit nak bawa anak saya ke hospital" cakap perempuan itu sambil mula menangis.
Aduh, aku memang lemah bila tengok perempuan menangis ni, buat aku sedih je. Jadi aku hulur la cikit sebab sedih tengok perempuan tu menangis. Itu baru intro nya, point yang aku nak cerita dekat sini ialah pasal duit Zakat.
Aku rasa pelik, ke mana menghilangnya duit-duit zakat. Aku rasa bukan aku seorang je yang berasa pelik, ramai lagi yang tertanya-tanya pasal hal ni. Semua orang Islam tahu, zakat tu apa, siapa yanag patut bayar dan siapa yang patut dapat. Setiap tahun orang bayar zakat. Bukan setakat individu saja, syarikat pun bayar zakat.
Tapi yang peliknya kenapa masih ada lagi orang yang meminta derma, kenapa ada lagi orang miskin, orang yang tidak cukup makan, orang yang tinggal dalam reban ayam, orang yang anak-anaknya tidak dapat pergi sekolah, pelajar-pelajar yang terpaksa ikat perut dan banyak lagi yang akan buat jari aku patah kalau nak taip semua.
Lagi pelik bila pihak yang mengutip zakat ni setiap tahun akan keluar statement " Tahun ini kami berjaya mengutip kutipan zakat sebanyak berjuta-juta RM...". Kutipnya banyak tapi kenapa masih ramai orang susah, fakir miskin dan sebagainya. Ni pun kira ajaib juga.
Kalau baca kisah sejarah zaman sahabat dan selepas-selepas sahabat Nabi, tempat simpan harta zakat semua kosong. Kosong bukan sebab orang tidak bayar zakat tetapi kosong sebab dibahagikan kepada kesemua yang layak. Tetapi pada zaman kita di simpan dan di buat koleksi sahaja.
Kan bagus kalau semua zakat diagihkan kepda yang layak, biar mereka semua tidak lagi miskin dan menukar status mereka dari penerima zakat kepada pemberi zakat. Kebiasaannya, zakat di bagi kepada yang layak setahun sekali sahaja. Jumlahnya dalam RM150 ke RM 300. Hello! ni tahun 2010 la, bukan tahun 1910. Rm300 untuk setahun, biar betul. Jumlah tu untuk sebulan pun belum tentu lepas.
Dalam hal ni aku sokong 100% pandangan bekas mufti perlis, Dr. Asri, kalau nak tolong, tolong sampai mereka keluar dari kemiskinan. Daripada di beri ikan, baik di beri pancing. Bagi agar mereka yang fakir ni mampu untuk berdikari, bagi bot ke, bagi modal nak buka restoran ke, bagi modal buka bundle ke.
Ini bagi RM 300, confirm la mereka yang fakir ni minta derma lagi, memang tidak cukup pun. Kena pulak anak-anak ramai. Bagi aku, orang susah ni ada dua jenis, 1 yang muka tak malu nak minta derma dan 2 yang malu nak minta derma.
Kebiasaannnya yang muka tak malu ni la yang selalu minta derma dan yang selalu mengisi borang-borang zakat yang complecated gila kat pejabat-pejabat zakat ni. Yang jenis malu ni biasanya buat diam saja, malu nak menyusahkan orang walaupun itu hak mereka.
Dalam hal ini sekali lagi aku menyokong pandangan Dr. Asri. Apa la salahnya kalau pusat-pusat zakat buat research sikit, masuk kampung ke kampung untuk cari orang yang fakir ni. Nak harapkan mereka-mereka ni datang pusat zakat memang susah la mereka, kena pula tinggal kat kawasan hulu macam hulu Kelantan atau hulu Pahang. Nak pergi dah ambil kos yang mahal.
Cari mereka, masuk ke kampung mereka untuk bagi zakat. Denagan cara ini dapat juga tahu samada ada yang menipu ke tidak. Islam ini indah dan mudah, tetapi kita yang meng"Complecated"kan semua benda yang ada.
Kepada sesiapa yang bekerja dengan pusat-pusat zakat dan membaca post ini, anggaplah ini sebagai komen membina. Buat lah kerja kita sebaik mungkin dan jangan menidakkan hak-hak mereka yang layak untuk zakat ini. Jangan sampai kita semua di heret di "Ultimate Court" nanti pasal hal zakat ini.
yup, saya jenis yg cepat kasihan. saya tak kisah lah kalau mereka nk tipu. tu antara mereka dgn Allah. mereka mintak. saya derma mana yg mampu.
ReplyDeleteOh, tahun ini sudah harus bayar zakat sendiri :D
aish,,kesian,,,tp klu aik dok mntk je,,mmg xde la kot nk bg byk2 kali,ehhe
ReplyDelete