I'm malaysian..
True story..
Ej, Arlong dan Zamrian merupakan classmate kelas bahasa arab. Mereka bertiga baru sahaja menyambung pengajian mereka di IIUM. Disebabkan mereka mengambil jurusan Human Sciences, mereka terpaksa mengambil kursus bahasa Arab seperti ditetapkan oleh pihak universiti.
Yang peliknya kesemua subjek dalam Human Sciences diajar dalm bahasa Inggeris, tidak ada satu pun dalam bahasa Arab. Selama 3 semester terpaksa dihabiskan untuk belajar bahasa Arab. Kesian mereka.
Dalam kelas Arab ini lah mereka mendapat ramai kawan baru terutamanya dari luar negara. Ghulam dari Iran dan Hakkan dari Turki merupakan kawan baik kepada ketiga-tiga mereka ini. Mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama samada di luar kampus atau pun di dalam kampus.
Pada satu hujung minggu, mereka telah berpakat untuk membawa Ghulam dan Hakkan bersiar-siar di Kuala Lumpur. Tempat yang di kunjungi adalah Muzium Islam, Dataran Merdeka, Masjid negara dan Tugu Negara. Tiba-tiba Ghulam bersuara " Can we go to the parliament building. I want to see it" kata Ghulam. "ok" jawab Arlong.
Mereka pun bertolak ke bangunan parlimen. Ketika hampir sampai di pintu pagar parlimen, kereta mereka telah di serbu oleh lima orang lelaki berpakaian biru gelap dan bersenjatakan sub machinegun. "berhenti, berhenti" kata salah seorang lelaki berpakaian biru gelap tersebut sambil mengacukan sub machinegun nya.
Arlong, Ej, Zamrian, Ghulam dan Hakkan terkejut dan cuak dengan apa yang berlaku. "Korang ni sapa dan nak pegi mana hah?" tanya lelaki tersebut dengan serious. "Kami semua pelajar, kami sesat, nak buat U turn kat depan je" jawab Arlong sambil terketar-ketar. " Keluarkan I/C semua. Ni kat belakang ni semua keluar" kata salah seorang lelaki tersebut. "Me and Hakkan forgot to bring our pasport, we just have our matrix card only" kata Ghulam. "Ni nak kena tembak ni" kata salah seorang lelaki yang berpakain biru gelap itu.
Tiba-tiba Ej yang duduk di kerusi belakang bersama Ghulam dan Hakkan bersuara "I'm Malaysian, don't shoot". "kalau orang Malaysia kenapa cakap orang putih" cakap salah seorang lelaki yang berpakain biru gelap itu. " Encik, dia orang Malaysia, orang Kelantan walapun muka tak macam kelantan" kata Zamrian. " Aku tembak kang. sudah-sudah lain kali jangan buat lagi, pergi U turn kat depan dan balik" kata lelaki berpakain biru gelap itu sambil ketawa.
Mereka pun terus membuat U turn dan terus kembali ke kampus mereka di Gombak. Selepas itu baru mereka tahu bahawa kawasan parlimen merupakan kawasan larangan. Hanya urusan rasmi sahaja yang boleh masuk. Bak kata orang putih, "They learn the hard way".
OMG i pun cuak same. apsal nk men tembak2? malu kat org lua sbb dia dtg nk melawat. HUHU
ReplyDeleteDah memang kerja polis tu kot serbu orang hahaha..
ReplyDelete