Why do we look for water on Mars?

"And we have created from WATER every living thing. Will they not then believe?", Q 21:30

TELL US U'VE FOLLOWED:

Google+ Followers

Wednesday, August 25, 2010

Duit segera @ Bodoh segera


Sudah 3 hari berturut-turut mendapat mesej "Tahniah, sim kad ada telah memenangi hadiah.....". Kalau difikirkan logik, bila masa aku masuk peraduan macam tu dan yang paling pelik kenapa mesti cakap sim kad yang menang.


Macam biasa lah, ni semua hanya nak menipu duit je kerja. Yang paling best, ramai yang tertipu terutamanya orang Melayu. Agaknya tak dapat tahan kot dengan hadiah yang beribu-ribu lemon itu. Tidak rasa pelik ke bila hadiah yang dimenangi tu hanya akan di bank in ke dalam akaun.


Bagi no.akaun bank dengan harapan dapat duit segera , last-last kena songlap, tak ke bodoh segera namanya tu. Heran betul, macam mana penipu-penipu ni dapat nombor yang akan menjadi mangsa. Kira company Telco ni pun terlibat sama la kot, tak pun orang keja kat situ yang sengaja buat dajal dengan nombor-nombor customer diorang.


Tapi jangan di lupa ada satu lagi pihak yang boleh di curigai, peniaga top up. Sekarang banyak peniaga top up tak guna kad top up, tapi guna hand phone dia untuk top up. Bayangkan berapa banyak dia boleh dapat nombor customer dalam sehari, boleh jadi side income kalau diaorang jual nombor-nombor tu.


Aku sampai sekarang tak top up guna hand phone ni, mest guna kad jugak, kalau kedai tu takde memang cari kedai lain.


Kepada sesiapa yang baca post ni, sudah-sudah lah fikir duit segera ni, kalau nak apa-apa usaha, cari rezeki halal, buat jadi bodoh je layan benda-benda macam ni. Ada duit segera yang halal, jawab soalan kat Radio Lite FM, my favorite radio station hehehe.

2 comments:

Poyaty said...

heh, kdg2, ade yg terkena pukau taw. mereka x tahu pun wat happen. tau2 je. da pergi bg no akaun dan duit da kosong dlm bank.

hizzame said...

Yang kena pukau tu memang dia terpaksa bagi sebab dah tak ingat apa-apa dah, yang ni kes suka-suka je bagi no.akaun, terpukau dengan jumlah umpan oleh penipu tu. Moral dia kalau dapat msg camtu samada delete je atau cakap "boleh tolong ambik untuk saya tak" hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular This Week

Monthly Popular Posts

DISCLAIMER


THANK YOU FOR READING