Enjin bau hangit, kereta tak boleh jalan.


True story..




Pada suatu hujung minggu, Zamrian telah mengajak Ej, Wee Wee, Kimi dan Stephenson ke rumahnya di Melaka. Disebabkan mereka semua kaki adventure, mereka tidak menggunakan lebuh raya PLUS tetapi menggunakan jalan lama Mantin untuk ke Melaka.


Sudah lama bertolak dengan kereta Kancil mata bulat, mereka pun sampai la di bandar Seremban. Ketika itu Ej yang memandu kereta. Tiba di satu simpang Ej telah tersalah masuk simpang.


Disebabkan kawasan tersebut berbukit dan Ej baru sahaja mendapat lesen yang sememangnya fobia degan bukit pada ketika itu, tugas untuk memandu di serahkan kepada Stephenson.


Tanpa berlengah Stephenson terus memandu menuruni bukit tanpa menghidupkan enjin kereta. Oleh kerana enjin kereta tidak dihidupkan, kereta kancil yang di pandu Stephenson telah mencium belakang sebuah kereta Daihatsu Charade Aura gara-gara brek tidak makan.


Ej and the gang panik dengan apa yang berlaku. Mereka semua keluar dari kereta beramai-ramai untuk melihat. Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta Charade Aura itu pecah lampu belakang dan lekuk sedikit je. Manakala kereta kancil Ej and the gang, kemek bumper depan dan lampu depan terperosok ke dalam.


Seorang pakcik berumur lingkungan 50 an keluar bersama isteri dan seorang budak perempuan, cucu nya kot. "Korang ni apa hal, tak nampak ke" kata pakcik itu dengan kasarnya. "Maaf pakcik, saya tak sengaja, brek tak makan" balas Stephenson. "Betul pakcik, kami tak sengaja, biar kami ganti lampu yang pecah ni" sampuk Wee Wee. "Ko dah langgar keta aku pastu ko cakap macam-macam pulak, tengok enjin keta aku bau hangit dan tak boleh jalan" balas pakcik itu. "Biar betul pakcik, tadi boleh jalan je" jawab Zamrian. "Itu tadi, ni sekarang" balas pakcik itu lagi. "Pakcik biar saya cuba bawak keta pakcik" kata kimi dan terus masuk ke dalam kereta Charade Aura itu.


"Ni ok je pakcik, kami langgar sikit je, belakang keta pakcik je, takde kena mengena dengan enjin pakcik" balas Kimi lagi. "Aku tak kira, ko semua kena ganti" cakap pakcik itu dengan kasarnya. "Kami memang nak bayar pakcik tapi yang pasal enjin tu bukan salah kami" cakap Stephenson. "Aku nak ko semua bayar kerosakan keta aku sekarang" kata pakcik itu lagi. "Pakcik kami memang nak bayar tapi lampu belakang je la sebab tu je yang kami langgar, yang pasal enjin hangit tu bukan salah kami" kata Wee Wee.


Keadaan menjadi semakin kecoh pakcik itu mula meniggikan suaranya. "Kami memang nak bayar pakcik tapi pakcik ni macam nak pow kami je" Ej bersuara. "Kita report kay balai polis saja la" kata isteri pakcik itu kepada suaminya. "betul tu pakcik, payah sangat nak settle kita gi balai polis saja la, kami kena saman dan pakcik boleh clain insuran" kata Ej. "Ko diam" tengking pakcik itu kepada isterinya.


Ej and geng semua terkejut dengan tindakan pakcik itu menegking isterinya sendiri, nampak sangat ke"Lembu"an pakcik itu berbanding isterinya yang cerdik itu. "Macam ni pakcik, kita pergi bengkel dan suruh dia repair, saya bayar semua" kata Stephenson. Pakcik itu bersetuju dan mereka pun mencari bengkel yang terdekat.


Sampai di bengkel Stephenson terus bercakap dengan pemilik bengkel dalam bahasa cina (Stephenson adalah orang cina yang berasal dari Sarawak, telah kembali kepada Islam sebelum masuk UIA). Lama juga yang dibingcangkan oleh mereka. Seorang pekerja bengkel berbangsa India datang dan bertanya "Kenapa ni?". "Kami terlanggar kereta pakcik tu pastu pakcik tu nak repair macam-macam" balas Kimi. "Orang tua tu nak pow korang la tu, banyak kes macam ni. Korang ganti apa yang patut je, yang lain tu biar je" balas perkerja India itu.


Stephen pun datang kepada pakcik tersebut "Saya akan ganti lambu belakang saja, kalau pakcik tak puas hati kita boleh pergi balai polis" kata Stephenson. "mana boleh, ko semua kena bertanggung-jawab" tengking pakcik itu."Pakcik tak puas hati kita pergi settle kat balai polis la" balas Wee Wee dengan meninggikan suaranya. pakcik itu terdiam.


Pekerja bengkel mula menukar lampu belakang Charade Aura yang pecah itu sambil diperhatikan oleh pakcik itu dengan tidak puas hatinya. Sesudah siap menukar dan membayar RM150 untuk lampu belakang itu, Ej and the gang telah meniggalkan pakcik itu yang sedang merungut ambil ditenanglan oleh isterinya.


Sesudah membaiki kereta kancil dengan kos RM 200 yang melibatkan ketuk body, betulkan lampu depan dan nasib baik bumper depan boleh pakai lagi, hanya baiki sikit je, mereka pun menuju ke Melaka.


Mereka sampai di rumah Zamrian pada wakyu malam. Muka mereka semua nampak happy je, padahal tension dengan apa yang berlaku. Malam itu, mereka berbekam beramai-ramai.Tukang bekamnya adalah Zamrian, tension punya pasal. Sampai hari ini Ej memang tidak akan berhenti di Seremban jika menghala ke Melaka atau Johor, dia masih bengang dengan pakcik penge"Pow" itu.

Comments

  1. Salam,

    Siapa la yg blagak bawa kereta tak start enjin tu hahaha.

    ReplyDelete
  2. Stephenson da, sian, pokai duit dia hari tu hehe.

    ReplyDelete
  3. salam bro kasi promote barang charade ko kat sini https://www.facebook.com/pages/Car-Accessories-Parts-G100G200/139578639466849?ref=hl tqvm harap terjual

    ReplyDelete
  4. salam bro kasi promote barang charade ko kat sini https://www.facebook.com/pages/Car-Accessories-Parts-G100G200/139578639466849?ref=hl tqvm harap terjual

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan