2 perkataan yang makin jarang di dengar


Baru-baru ni aku telah pergi ke sebuah agensi yang berkaitan dengan duit. Dah lama tunggu jadi sampai la turn aku. Staf agensi tu terus bagi statement dan ckp " Kami akan potong sebanyak ini dari akaun encik".

Aku tengok statement tu macam tak percaya, banyak gila kena potong, lepas untuk 3 bulan monthly kereta aku. "Boleh tolong check lagi tak, ada yang tak kena ni" aku cakap kat satf tu. "Dah betul dah ni, memang sebanyak ni yang kena potong, lagi pun saya tengah sibuk ni" kata staf tu. Aku memang dah buat kira-kira sebelum datang kat agensi tu, jadi aku tahu la jumlah sebenar dia. " Betul, ada yang silap pasal statement ni, kalau tak percaya cuba kira balik". " Saya sibuk la, encik datang lain kali boleh" kata staf tu.

Aku yang sememangnya tengah "panas" secara spontan cakap " Aku datang ni pun ambik cuti setengah hari, kau nak aku mintak cuti lagi ke. Mana bos kau, aku nak jumpa dengan dia" dengan suara yang agak keras. "Takpe-takpe, biar saya kira sekali lagi" dengan gelabahnya.

Lebih 10 minit staf tu mengira, tiba-tiba dia pandang muka aku dan cakap "Encik tunggu kejap, saya pergi print statement baru". Sekejap lepas tu staf tu datang balik dan beri statement baru tu. Memang betul silap kira, jumlah sebenarnya tak sampai pun RM1k. Selepas itu aku tengok staf tu pergi dengan begitu sahaja tanpa menyebut perkataan yang pertama, "Saya minta maaf" atau " Maaf".

Bagi aku, perkataan "maaf" ni dah makin jarang aku dengar, dari mulut kawan-kawan macam biasa la tapi dari mulut orang yang tak berapa kenal atau tak kenal langsung. Payah sangat ke nak sebut "maaf". Kalau dah buat salah atau silap cakap saja la "maaf", takde orang nak gelak pun atau dapat penyakit kanser pun. Kalau cakap "maaf" kurang-kurangnya tak la marah sangat orang kat kita, dapat menyelamatkan dari kena maki dan silap-silap dari kena tumbuk.

Perkataan kedua "Terima kasih". Aku biasa kalau datang ofis awal akan ada sorang makcik tukang bersih pejabat yang akan buka pintu untuk aku. Setiap kali dia buka pintu aku mesti cakap "Terima kasih", bukan kat dia seorang je, kat semua orang aku cakap.

Time tu, aktiviti aku lepas keja ialah berbasikal ronda-ronda pantai dan kampung. Bukan apa, bosan duduk kat kuaters waktu petang. Suatu petang tu, tengah ronda-ronda tiba-tiba basikal pancit. Dah la pancit dekat area takde rumah orang, nak dekat maghrib pulak tu.

Tiba-tiba datang la sebuah lori 1 tan dan berhenti betul-betul kat sebelah aku. "Pancit ke?" tanya driver lori tu. "A'ah, tayar pancit" jawab aku. "takpe la biar saya hantar awak balik ke kuaters" cakap driver lori tu. " Eh, mana tahu saya dok kat kuaters?" tanay aku. "Awak en. ... kan, keja kat company R...nia kan?" cakap driver tu lagi.

Dia ni spay ke apa, semua tahu pasal aku, "a'ah betul tapi macam mana tahu?" tanya aku lagi. " Saya ada mak saudara keja kat companya tu, dia jadi tukang sapu je" jawab driver lori tu. ". "oo patut la" jawab aku tapi aku pelik sapa pulak yang dok cerita pasal aku.

Esoknya makcik yang biasa buka pintu tu tanya aku" Semalam basikal pancit ke?". "Mana makcik tahu?" tanya aku. "Semalam anak sedara makcik cakap tayar basikal en. ... pancit kat pantai, dia yang tolong hantar balik kuaters kan" jawab makcik tu. " La Baim tu anak sedara makcik la kalau macam tu" jawab aku.

Start hari tu la orang kampung kat situ kenal aku. Pergi mana-mana mesti ada yang ajak datang rumah, kalau ada majlis kat kampung tu mesti aku pun di jemput sekali. Ada jugak aku tnya Baim, macam mana orang kampung tu kenal aku.

"Makcik aku dok cerita pasal kau yang kau buat baik kat dia" kata Baim. Cakap terima kasih pun orang dah cakap buat baik, tapi memang betul pun. Bagi aku sekarang orang dah jarang cakap terima kasih.

Tidak salah tapi nampak tidak ada adab terutama kalau orang Melayu. Payah sangat ke nak cakap "Terima kasih". Sekurang-kurangnya kalau cakap, dah confirm dapat pahala sebab mesti senyum time cakap terima kasih tu kan. Semua ni berdasarkan pengalaman aku, mungkin orang lain berbeza tapi bagi aku, perkara baik tak salah kalau kita pakat buat ramai-ramai.

Comments

  1. salam,

    Hizzame, tolong email aku no email ko yg guna untuk FB, ak dh buka akaun baru dan tutup akaun lama utk cari ketenangan.

    wsalam,

    Gentlemen Frog.

    ReplyDelete
  2. salam GF,
    maaf dan terima kasih sangat bernilai.
    cuma kadang2 orang /kita tak perasan.

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh, kebaikan di balas kebaikan. tak rugi pun ckp sorry atau thanks tu, sejuk hati org lg ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan