Artis Favorite Aku Vocaloid??!!

Ramai yang tidak mengetahui apakah itu vocaloid . Vocaloid ialah software "singing synthesizer" atau bahasa mudahnya software untuk mencipta lagu. Software tersebut dibangunkan hasil usaha sama diantara Universiti Pompeu Fabra dari Sepanyol dan Yamaha Corporation dari Jepun.

Konsepnya sama seperti software untuk mencipta ringtone yang terdapat di dalam telefon Sony Ericson atau Nokia tetapi kelebihannya dapat meletakan lirik dan software tersebut akan menyanyikannya membuatkan ia unik.

Vocaloid ini sangat bagus untuk seseorang pencipta lagu memperkenalkan lagu ciptaannya tanpa perlu mencari atau membayar artis untuk menyanyikannya.

Vocaloid yang sedang top di Jepun pada masa ini ialah Hatsune Miku. Walaupun vocaloid, Hatsune Miku mempunyai ramai peminat dan sudah banyak kali mengadakan konsert di seluruh Jepun.

Mungkin suatu hari nanti vocaloid bakal menggantikan penyanyi- penyanyi yang tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian tetapi hanya bersandarkan kepada paras rupa semata-mata.



Comments

  1. aku pulak minat vocaloid Kamui Gakupoid :)

    ReplyDelete
  2. uniknya,kreativiti jadi tak terbatas

    ReplyDelete
  3. Softawre ni dah ada dalam versi bahasa Inggeris, versi Iphone dan Ipad pun dah ada dipasaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan