Lelaki makin malas nak belajar


Maaf lah jika ada yang perasan setiap apa yang aku post, intro nya nampak teruk. Intro teruk pun tak kisah kan, bukannya untuk masuk pertandingan essei terbaik hahaha.

Alang-alang intro dah teruk, aku start dengan petang tadi aku pergi ke rumah pakcik aku. Dekat je, dalm 1 KM lebih. Tengah tunggu pakcik aku pulang, aku terpandang sekumpulan budak lelaki sedang bermain bola sepak.

Di sebelah tepi padang aku melihat ada 4 orang budak perempuan sedang duduk di meja batu sambil membaca buku. Buku apa yang di baca aku tidak pasti tapi yang penting mereka sedang membaca buku hahaha.

Aku terfikir, patut lah ramai betul perempuan kat mana-mana universiti, dok baca buku saja kerjanya. Yang budak-budak lelaki lebih suka telan pil kuda, modified motor, race motor, gaduh dengan guru, jadi samseng dan bayak lagi, buat sakit jari je aku taip banyak-banyak.

Aku rasa lepas ni kalau kerajaan buat koata untuk lelaki masuk universiti pun tak guna aku rasa. Sebab mereka sendiri yang tak nak. Kena ada cara lain untuk menggalakan budak lelaki ni minat belajar, mungkin buat degree dalam race motor pun ok hahaha.

Aku sendiri pernah satu ketika, ketika mengambil satu subjek elektif, aku seorang je lelaki dan 40 yang selebihnya semua perempuan. Semester tersebut merupakan mimpi ngeri buat aku, sebabnya pertama, aku tak dapat ponteng kelas, lecturer akan perasan kalau aku takde. Kedua aku tak boleh datang lewat ke kelas, sebabnya kat seat belakang perempuan dah take over jadi aku terpaksa duduk di seat paling depan. Kalau datang lambat sah-sah kena jalan ke depan, mesti kena gelak time tu. Betul-betul ngeri bila di ingatkan balik hahaha.

Comments

  1. Kelas2 terakhir di sekolah biasanya penuh dengan budak lelaki.

    ReplyDelete
  2. Ahhah. I wonder lah you, subjek elektif ape yang ramai gurls ehh? Akaun kah?

    ReplyDelete
  3. scary moment eh? ambil subject ape tu?

    ReplyDelete
  4. Subjek "Psychology of Personality",terpaksa ambil sebab nak cukupkan credit hour untuk graduation dan subjek tu je yang still available time tu. Memang scary moment sebab tak boleh mengantuk, tak boleh ponteng, tak boleh lambat dan tak boleh menyampuk dalam kelas, segan da hahaha. Still wondering why female students love majoring and minoring in psychology.

    ReplyDelete
  5. because we're more concern on ppl around us (most cases la)

    btw, nice course..love it too.
    the semangat in you n all those cabaran worth it kan? tak semua orang ada chances utk go through apa yang awak lalui.

    ReplyDelete
  6. So you pun major in Psychology juga la ya, that why you love that subject hahaha. In term of study plan not worth it sebab subject tu dah out from my major and specialization. Cabaran memang betul sebab terpaksa endure subject tu sampai akhir semester hohoho.

    ReplyDelete

Post a Comment

Please, at least come up with a name, do not use anonymous, tq

Popular posts from this blog

Time Travel in the Quran?

How to set up a Sharp Aquos with Astro

Harga ayam vs harga ikan